Rasa nak ‘mati’ bila tak dapat shopping puas-puas ketika melancong bukan ? Lagi lah kalau anda ke Seoul, fuhhh ! Memang rambang mata, ketar tangan and everyhting boleh terjadi sebab anda pasti tahu Seoul merupakan syurga membeli-belah untuk makeup and beauty lovers. Sebut sahaja jenama-jenama terkemuka beauty care seperti Etude House, The Face Shop, Tony Moly mesti rasa tak senang duduk bila nampak kan ? Bukan itu sahaja, di Seoul juga masa ini lah nak cari outfit ala-ala pelakon K-drama. Serius banyak stail boleh pilih tapi jangan lupa pulak harga pun kena jaga juga. Iyalah, sekarang berada di Korea bukan di Malaysia, jadi bajet tu kena jaga-jaga. Hehehe…
Jadi disini dengan rasa besar hati, Penulis nak berkongsi dengan korang 10 tips untuk shopping di Seoul. Ajak travel buddy anda turut ambil perhatian yer. Okay, let’s start !
- Cetak Kupon Diskaun ‘Visit Korea 2016-18’
Rugi, rugi, rugi bagi yang tak tahu mengenai ini. Dah jelas dari nyata program Visit Korea 2016-2018 menyediakan kupon diskaun untuk pelbagai produk dan aktiviti. Anda dah boleh plan nak beli apa dan kira bajet shopping dengan adanya kupon diskaun ini. So, cetak sekarang Kupon Diskaun ‘Visit Korea 2016-2018’.
- Melancong Ke Seoul Pada Musim Panas Dan Luruh
Tips yang ini sesuai bagi yang nak ke Seoul semata-mata untuk borong shopping. Pada bulan tersebut di Korea mereka melancarkan sebagai Shopping Festivals. Penulis bagi dua Shopping Festivals yang boleh korang follow, The Korea Grand Sale dan Seoul Summer Sale. Lebih dari 100 jenama dan butik ‘buka’ sales masa ini, okay sila bawa bertenang yer.
- Jangan Lupa ‘Usha’ Kedai Bawah Tanah (Subway Area)
Kawasan subway atau keretapi bawah tanah di Seoul juga menyajikan pelbagai jualan barangan seperti pakaian, kosmetik, aksesori, bag, kasut, koleksi cenderahati K-pop dan pelbagai lagi dengan harga yang berpatutan. Jika anda ingin mencari outfit glamour yang dijual di Apjujaeong Rodeo Street tapi ingin harga jauh lebih murah, terus sahaja tuju ke Express Bus Terminal Mall (Goto Mall), Jamsil Underground Mall, Gangnam Terminal Underground Shopping Center dan COEX Mall. Disitu lebih banyak pilihan dengan harga yang cun !
- Singgah Juga Di Pasar Lambak (flea market) Sekitar Seoul
Tidak rugi jika singgah di beberapa pasar lambak sekitar Seoul seperti Gwangjak market, Hwanghak-dong vintage market atau Seoul Folk Flea. Anda pasti akan teruja bila nampak gerai-gerai yang menjual cenderahati unik, barangan kraftangan, alatan memancing, buku-buku terpakai dan banyak lagi. Dan yang paling best, disini anda boleh tawar-menawar untuk dapatkan harga terbaik. Sambil membeli-belah, anda boleh dapat feel Korean life. Baru lah travel namanya ! Hehehe..
- Pastikan Wang Tangan Cukup !
Penting, penting, bila anda sebagai shopaholic di luar negara mempunyai wang tangan (cash money) secukupnya ! Iya, Penulis tahu dizaman serba moden ini kita boleh swipe sahaja debit atau kredit kad. Tapi lagi senang nak tawar- menawar di Namdemun atau Dongdaemun, kalau owner kedai nampak anda dah ready dengan beberapa not Won pasti dia pun yakin nak kasi diskaun banyak kat korang. Heee..
- Jangan Kena Tipu, Check Label ‘Made in Korea’
Bayangkan kekecewaan bila pulang ke tanah air, anda dapat tahu hampir kesemua barang shopping anda fake dari China ! Jadi Penulis nak pastikan anda check dahulu label sebelum buat belian. Tetapkan ketika membeli aksesori, beg, kasut, pakaian atau barangan keperluan rumah seperi karpet, cadar, selimut dan sebagainya. Siapa yang nak beli barang fake, dah penat travel jauh-jauh ke Korea dapat barang fake Chinapula. Tak kesian ke ?
- Asah Bakat ‘Tawar-Menawar’ Anda
Jangan takut untuk memulakan sesi tawar-menawar, memang biasa peniaga meletakkan harga tetap tapi itu tidak bermakna anda tak boleh kawtim harga. Cara terbaik untuk tawar-menawar, pastikan anda lihat dahulu tag harga dan pilih harga yang paling rendah untuk memulakan tawaran. Anda kena ‘sado’kan hati bila dengar peniaga akan keluarkan ayat-ayat K-drama contoh seperti “I have hungry children to feed. You are taking away my profit.” Ingat, bukan anda seorang sahaja yang datang kedai dia.
- Jangan Terperangkap Dengan Perangkap ‘ipuda’
Bila anda berada di Seoul, jangan pula pelik bila melihat kebanyakkan kedai pakaian dimonopoli oleh makcik-makcik atau didalam bahasa Koreanya ‘ahjumma’. Mereka gemar menarik perhatian pelanggan dengan memanggil dengan ayat-ayat ‘godaan’ seperti ipuda (si cantik). Tolonglah, penulis berharap sangat anda jangan terperangkap dengan kata-kata manis ini, please jangan nak perasan sangat. Biasalah kita orang perempuan pantang dipuji bukan? Kalau memang tidak berminat, lebih berlalu pergi dengan sopan jer dari anda membazir beli benda yang tidak ada dalam list. Hehehe
- Tips Emas : Rajinkan Berjalan Kaki
Hah ! Ini lagi satu masalah orang kita, malas betul kalau kena jalan jauh-jauh. Ya, memang memenatkan tapi belum cuba belum tahu sebab kebiasaanya kedai yang jauh tersorok dari main area menawarkan harga yang lebih berpatutan atau lebih murah. Jangan beli pada kedai yang pertama anda singgah, usha dahulu pada setiap kedai dan buat perbandingan harga dan kualiti. Penulis nak mengajak anda menjadi pembeli yang bijak. Bayangkan walaupun dalam keadaan sedikit penat tapi anda dapat banyak save duit shopping.
- “Ada Free Gift Tak?”
Alah, tips yang ini Penulis tak payah susah-susah nak terang. Pasti ramai dah biasa buat kan? Ini ayat wajib rakyat Malaysia kalau shopping. Cuba lah juga kalau shopping di Seoul, tak rugi pun. Beri senyum manis sikit, mungkin anda akan dapat pelbagai sample produk percuma atau fridge magnet percuma. Siapa tahu kan?
Jadi sekarang yang mana nak ke Seoul pada masa akan datang dah boleh plan baik-baik untuk shopping time. Terapkan semua tips yang Penulis beri, nanti dapat banyak free gift sample kirim pada Penulis juga ya!