Kenal siapa lelaki serba kacak dengan uniform DOCTORS ini? Baiklah, sejak kejayaan menerusi penampilannya dalam drama popular Doctors, pelakon segak Kim Rae Won akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada Isnin, 10 Oktober 2016, 7.15 petang di Centre Court, Pavilion KL untuk bertemu peminat-peminatnya.
Disegani kerana skil lakonannya yang mengagumkan serta penampilan yang penuh berkarisma di skrin, pelakon berusia 35 tahun itu telah terlibat dalam banyak produksi dan pernah merangkul pelbagai anugerah sejak kemunculan pertamanya pada 1997.
Di sepanjang karier dua dekad lamanya itu, Kim Rae Won banyak memegang watak hero romantis dan memainkan karakter wira yang berani dan cekal hati. Antara penampilan beliau yang paling diingati termasuk drama romantis Love Story in Harvard; drama berkisah perundangan Punch; dan, pastinya baru-baru ini, Doctors, iaitu drama popular yang turut dibintangi Park Shin Hye.
Pada sesi bertemu peminat nanti, orang ramai bukan sahaja berkesempatan untuk bersemuka secara dekat dengan pelakon tampan ini, malahan boleh menyertai pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan, disediakan khas oleh ONE untuk para peminat dan pelanggannya.
Butiran untuk ‘A Date with Kim Rae Won’ adalah seperti berikut:
- Hari/ Tarikh: Isnin, 10 Oktober 2016
- Masa: 7.15pm
- Tempat: Centre Court, Pavilion KL, Kuala Lumpur, Malaysia
- Kemasukan: Percuma dan Terbuka kepada Umum
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘A Date with Kim Rae Won’, sila layari www.ONEtvasia.com/KimRaeWon, atau ikuti www.facebook.com/ONEtvasia untuk perkembangan lanjut. Sertai perbualan sosial media dengan menggunakan hashtag rasmi #ONEKimRaeWon.
Tapi sebelum itu, jom tengok trailer ini dahulu.