“Kenapa muka kau nampak kusam, tidak bermaya”?, “Usia baru 20an tapi muka dah macam orang 40an”, aduhai tekanan sangat dengar sindiran dan teguran sebegini, rasa nak kurung dalam bilik sahaja. Tapi nak buat macam mana!
Masalah seperti wajah berkedut sebelum waktunya boleh dikatakan perkara biasa yang dihantui wanita Malaysia. Akibat daripada selaran matahari, debu kotoran, pencemaran udara serta cara penjagaan wajah yang tidak rapi sedikit sebanyak menyumbang kepada keterjejasan kulit wajah sehingga mengundang kepada kedutan halus, jeragat, kekeringan, bintik hitam dan lain-lain lagi yang memudaratkan.
Oleh itu, Olay jenama rangkaian produk kecantikan klinikal yang tidak asing lagi dalam menawarkan solusi bagi masalah penuaan kulit, berfungsi mencegah faktor – faktor penuaan dan dalam masa yang sama membaiki kondisi kulit yang rosak untuk menjadi sempurna semula. Untuk itu, Olay memperkenalkan Miracle Duo baharu, terdiri dari dua produk berlainan yang dimanfaatkan oleh wanita secara ringkas dengan merangkumkannya ke dalam rejim kecantikan harian agar kulit kekal muda sentiasa.
Gabungan inovasi Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence dan Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream ternyata lebih efisyen, tidak memedihkan malah membekal khasiat sepenuhnya yang diperlukan oleh kulit wanita yang kian kehilangan ciri keanjalan serta tekstur kehalusannya di kala umur semakin meningkat.
Seperti biasa, rejim kecantikan yang mengutamakan cara dan teknik penggunaan produk juga adalah sangat penting. Ini termasuk tertib dan langkah pemakaian produk dari pembersih, toner, pelembab serta esen atau serum yang bisa disapu ke atas kulit untuk menggalak fungsi dan mempercepat keberkesanan krim pelembab wajah itu sendiri.
Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence adalah sejenis serum yang lembut, mengandungi sari ramuan aktif untuk mendorong proses keberkesanan produk pelembap wajah (moisturiser). Setiap titisan yang hadir dari Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence bakal memberi sentuhan magis, memperbaharui berjuta-juta sel kulit sehingga ke lapisan yang paling dalam sekaligus menjadikan kulit tampak 10 tahun lebih muda -bebas kedutan dan garis-garis halus, mengecilkan pori serta menegangkan tekstur kulit yang kendur akibat penuaan.
Dari segi botol pembungkusan, ianya sangat unik dilengkapi fungsi istimewa pada penutup botol yang boleh ditekan bagi menyedut produk bertepatan dengan jumlah yang diperlukan untuk setiap sapuan. Tiada lagi masalah pembaziran produk!
Bahkan, ia juga mudah untuk dimuatkan di dalam tas tangan harian anda kerana botol Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence 40ml ini bersaiz genit malah ringan sesuai untuk travel.
Jangan lupa,’tubuh manusia akan membaiki fungsinya dengan sendiri ketika tidur’ dan itu adalah sebab mengapa ‘tidur’ sangat penting jika anda tidak mahu menjadi cepat tua. Sekurang-kurangnya, seorang individu memerlukan 7 hingga 9 jam waktu tidur setiap hari.
Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream diperkaya dengan konsentrasi khusus yang digelar Amino-petide Complex –membantu menggalakan pertumbuhan sel kulit baru, lapisan demi lapisan manakala Hydra-Firming Complex pula mampu mengekalkan keremajaan kulit. Proses pemulihan akan bertindak secara lembut, tidak memedihkan malah setiap sapuan adalah dijamin tidak melekit mahupun berminyak seperti krim jenama lain.
Guna krim pelembap wajah Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream ini sebelum tidur (selepas mencuci wajah dengan bersih dan rapi diselangi penggunaan toner) kerana ia akan bertindak sebagai rawatan intensif anti-penuaan yang selamat, berfungsi sepanjang malam untuk memberikan hasil lumayan agar anda bisa mendapat kulit yang sihat, anjal dan bebas kedutan sehalus porselin.
Bagi mempercepat kesan kebaikan dari krim ini pula, lapiskan ia dengan Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence agar proses rawatan dan pemulihan kulit sepanjang malam itu lebih lancar, membebaskan partikel-partikel intensif untuk menggalak kebaikan ciri aktif Amino-petide Complex. Usah risau tentang haruman yang datang dari krim pelembap ini. Baunya segar, tidak terlalu harum dan manis sehingga menusuk hidung seperti krim-krim pelembap yang lain.
Apa yang pasti, rangkaian Olay Miracle Duo memiliki konsistensi yang mudah diserap kulit, tidak berminyak dan melekit.
Untuk info lanjut, anda boleh semak ke laman web rasmi https://www.everydayme.com.my/tag/olay. Jika ingin berkongsi gambar di media sosial, ini hashtag yang tertera #OlayMalaysia #MiracleDuo.