Sering mengalami masalah susah untuk membuang air besar? Anda mungkin kekurangan bendalir serta nutrisi berserat di dalam tubuh.
Tahukah anda bahawa buah kiwi mengandungi dua kali ganda serat yang terkandung di dalam nanas serta 15% lebih serat daripada pisang? Justeru, ambil dua biji buah kiwi untuk melancarkan pergerakkan usus anda sekaligus mengelak daripada dihantui sembelit.
Selain mampu melegakan masalah sembelit, kiwi juga berhasil untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam perut sambil membaik-pulih keadaan sistem penghadaman manusia.
Zespri adalah jenama buah kiwi ternama yang diimport terus dari ladang New Zealand. Ia mengandungi sumber Actinidin yang merupakan enzim penghadaman unik dihasilkan oleh buah kiwi. Pengambilan buah kiwi sebenarnya dapat membantu menghancurkan partikel kasar makanan dalam usus manusia seterusnya memudahkan proses perkumuhan kemudian. Bahkan, kiwi juga baik untuk pesakit gastrik serta dapat menjadi penawar untuk kembung perut.
Kadang-kala, kita terlalu sibuk melakukan tugasan harian sehingga terlupa untuk mengambil kandungan cecair seperti air putih secukupnya, apatah lagi untuk melakukan senaman. Oleh itu, dengan memakan dua biji buah kiwi sehari pastinya sudah cukup ringkas bagi memastikann keadaan usus anda sentiasa sihat dan lancar.
Ikuti temu ramah penulis bersama pakar perkumuhan, Dr. Jason Leong
1. Apakah yang membezakan buah kiwi Zespri dengan kiwi jenama lain?
Buah kiwi Zespri diperakui dan telah pun menjalani beberapa siri kajian oleh pakar-pakar penyelidikan dan pembangunan di makmal Zespri, New Zealand. Ternyata ianya berkhasiat, setiap satunya dipantau secara rapi supaya kualiti buah tersebut terjaga dan bisa kekal segar untuk jangka masa yang panjang.
2. Sembelit tidak hanya berlaku kepada individu dewasa, bahkan bayi juga terdedah kepada masalah ini. Apa pendapat doktor?
Benar, bayi juga terdorong untuk menghidap sembelit. Namun begitu, cara penyelesaiannya mungkin sedikit berbeza kerana mereka masih belum mengambil makanan jenis pepejal dan masalah sembelit bayi bukan disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak teratur.
Jika seorang bayi menghidap sembelit atau sebarang masalah perkumuhan, ia boleh dianggap serius dan harus cepat berjumpa dengan doktor kerana tiada jalan penyelesaian yang boleh dilakukan serta-merta. Mungkin terdapat masalah dalaman yang kita sendiri tidak dapat pastikan.
Seperti orang dewasa, mereka boleh mengambil sumber-sumber berserat seperti buah kiwi untuk melancarkan pergerakkan usus mereka.
3. Adakah jus buah-buahan yang dibeli di kedai adalah sama baik dengan buah-buahan segar?
Semestinya tidak. Lain pula jika anda mengisar sendiri buah-buahan dan terus meminumnya. Kebanyakkan jus buah-buahan yang dijual di kedai mengandungi pengawet, pewarna, serta ditambah dengan kadar gula yang agak tinggi.
Oleh itu, ada baiknya anda memakan buah-buahan segar dari meminum jus yang datang dari kilang. Jika tetap mahu mengambil minuman berjus, kisar sahaja buah-buahan segar di rumah dan meminumnya sebagai jus berkhasiat.
4. Jumlah kuantiti buah kiwi yang harus diambil untuk memulih dan melegakan masalah sembelit?
Sila ambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk menghalang sembelit daripada menyerang anda.
5. Selain mengambil buah-buahan atau makanan yang kaya dengan sumber serat, apa lagi yang kita boleh lakukan untuk memulih masalah sembelit?
Minum air putih secukupnya dan bersenamlah dengan kerap.
6. Ada orang gemar memakan buah-buahan seperti kiwi dalam bentuk hidangan salad, minuman smoothie, jadi bagaimana pula dengan doktor?
Saya seorang lelaki, seharusnya saya sukakan hidangan yang ringkas dan mudah. Jadi, saya memakannya terus begitu sahaja menggunakan sudu.
Cara mudah untuk menikmati buah kiwi adalah dengan membelahnya kepada dua bahagian, ceduk isinya menggunakan sudu dan makan begitu sahaja! Yang pasti, tiada lagi masalah sembelit!