ZÉLL-V Wellness Hub telah dibuka secara rasmi dan menjadi tanda mercu yang terbaru di Kuala Lumpur.
ZÉLL-V Wellness Hub yang terletak di Taman Seputeh di antara Mid Valley dan KL Sentral, merupakan satu lagi tanda pencapaian bagi Ruyi Holdings, syarikat terkemuka di dalam sektor penjagaan kesihatan, selaras denganmisinyauntuk membantu pelanggan-pelanggannyamencapai kesihatan dan kesejahteraan yang unggul dari segi fizikaldan mental.
Dengan slogan “Mencipta Kesihatan Yang Unggul”, ZÉLL-V Wellness Hub bertujuan untuk mewujudkan budaya kesihatan dalam masyarakat .
Bangunan ZÉLL-V Wellness Hub mempunyai 15 tingkat. Perkhidmatan-perkhidmatan komprehensif yang disediakan di ZÉLL-V Wellness Hub termasuk permeriksaan badan, rawatan detox, terapi sel, penjagaan kulit dan payudara, klinik penjagaan kesihatan berteknologi tinggi V Wellness, Sompoton Spa, meditasi retreat The Om Stay, pusat penjagaan rambut dan kulit kepala Hairworx, pusat penjagaan lepas bersalin Kimporo, pusat latihan bakat Olmeca, taman asuhan kanak-kanak Baby Atelier, restoran ‘fine dining’ Ketuhar dan sebagainya.
Selain itu, ZÉLL-V Wellness Hub akan berfungsi sebagai ibu pejabat baru Ruyi Holdings. Ia dilengkapi dengan bilik-bilik mesyuarat dan dewan pameran produk yang moden serta stylish supaya para pelawat dapat melihat dan mengetahui mengenai produk-produk ZÉLL-V dengan lebih mendalam lagi.
Kami percaya bahawa penubuhan ZÉLL-V Wellness Hub akan meningkatkan industri penjagaan kesihatan dan industri pelancongan di negara kita dan menggalakkan orang ramai untuk menghargai kesihatan mereka serta mengambil langkah untuk mencapai kesihatan, kecergasan dan kecantikan yang lebih baik serta kehidupan yang berkualiti.
Untuk maklumat lanjut mengenai ZÉLL-V Wellness Hub dan Ruyi Holdings Sdn Bhd, sila layari www.zell-v.com.my atau hubungi 03-2273 6699.