Club Med sebagai perintis kepada konsep percutian premium baru sahaja mengumumkan perancangan untuk membuka satu tempat peranginan ski di Tomamu daerah Hokkaido, Jepun. Ia dikatakan bakal dibuka menjelang Disember tahun ini.
Orang ramai yang berkunjung bakal mengalami pengalamn percutian ski mewah yang bertaraf, merujuk kepada kemajuan skeotor pelancongan di Hokkaido sejak kebelakangan ini. Proses visa yang mudah serta perjalanan penerbangan antarabangsa baru ke Hokkaido adalah antara faktor utama kebanyakkan pelancong asing dari negara seperti Taiwan, Thailand, China dan Korea Selatan memilih Hokkaido sebagai destinasi kunjungan istimewa pada hujung tahun.
Club Med jelas dan sangat komited akan pembukaan resort baharunya untuk memenuhi keperluan serta keselesaan para pelancong yang ingin bermain salji sambil berlatarkan pemandangan gunung-ganang yang cukup indah bersama keluarga tercinta. Ini merangkumi kawasan sebesar 145 hektar yang terdiri dari cerun ski.
Club Med Tomamu boleh dikungjungi dengan akses mudah melalui penerbangan terus dari New Chitose Airport, 90 minit perjalanan menaiki bas mahupun 50 minit perjalanan menerusi kereta api JR Express yang akan membawa tetamu ke resort baru tersebut.
Bukan hanya ditawarkan untuk percutian musim sejuk, sepanjang musim panas pula, Club Med Tomamu bakal menawarkan aktiviti sukan popular lain seperti golf dan pelbagai aktiviti kebuadyaan serta penerokaan alam semula jadi.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.clubmed.com.my