Masih belum terlambat untuk mencari bingkisan istimewa buat si bapa yang telah bayak bersusah payah, berhempas pulas mencari sesuap nasi untuk seisi keluarga tersayang.
Seperti ibu, sambutan Hari Bapa yang jatuh pada tanggal 19 Jun tahun ini juga harus diingati demi menghargai segala pengorbanan seorang bapa.
Jenama jam tangan mewah yang bijak menghasilkan rekaan bergaya buat individu urban masa kini bukan sahaja menggunakan ketukangan hebat yang diwarisi sejak berkurun lamanya, malah setiap satu rekaannya itu turut diterap dengan elemen klasik yang tersendiri, sekaligus membuatkan si pemakai tampak unik bersahaja.
Terdapat 3 jenis rekaan utama jam tangan dari siri jenama Jaegar-LeCoultre yang pastinya menambat hati si bapa.
Suatu rekaan yang jelas dan berciri kontemporari, Jaegar-LeCoultre Reverso Classic Small Duetto ini menampilkan gaya ketukangan yang sempurna. Sebahagian sisinya memaparkan fungsi tradisional yang berupa kalendar serta fungsi eksklusif Reverso Duo.
Grafik yang diterap ke atas paparan itu pula menyerlahkan sofistikasi rekaan, ilusi langit malam yang disertai bulan awan dan bintang, malah jarum penunjuk tarikh juga dilengkapi simbol artistik berbentuk bulan sabit genit.
Jaeger–LeCoultre Rendez-Vous Ivy Tourbillon melambangkan sifat minimalis mewah. Meskipun rekaannya ringkas dan tampak lama, ciri klasik yang dimilikinya itu sebenarnya berupaya menyampaikan aura sensasi yang penuh dengan kejutan! Sangat ekklusif, ukiran dial nombor yang tidak nyata itu memberikan tekstur menarik pada jam tangan tersebut, menonjolkan lagi keghairahan artisan rekaan moden kontemporari.
Jaeger–LeCoultre Master Ultra Thin Squelette pula secara tidak langsung menyebarkan kekuatannya melalui karakter yang terdiri dari sfera masa yang diapit dengan kompilasi kalendar horologikal -menyerlahkan lagi struktur mega rekaan jam tangan yang ini.
Kombinasi elemen yang memberi fungsi kepelbagaian, ia turut diselit dengan ilmu kebijaksanaan astronomi yang boleh dilihat dari rekaan ini terhad kepada 75 utas sahaja. Jika anda mahu menghadiahkan bapa anda dengan sesuatu yang mempunyai nilai sentimental, siri Jaeger–LeCoultre Master Ultra Thin Squelette ini pasti adalah bingkisan yang paling tepat.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.jaeger-lecoultre.com