Wanita sering dikaitkan dengan sifat yang selalu peka tentang kecantikan dan kebersihan diri. Namun, ramai yangsering lupa untuk menitik-beratkan tentang kecantikan kuku. Yup! Jika anda hanya memberi perhatian yang sempurna kepada penjagaan wajah dan badan tanpa mempedulikan kekemasan kuku, anda masih belum layak untuk dipanggil wanita tahu?
Jangan biarkan kuku yang tidak rapi menjatuhkan reputasi anda sebagai seorang wanita kerana Scholl ada jalan penyelesaiannya. Potong dan mencuci dengan sabun sahaja tidak cukup untuk memperlihatkan kuku yang rapi dan sihat.
Seperti di salon dan bar kuku, pelayan akan membersihkan kuku anda secara berperingkat. Begitu juga dengan peranti Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System ini! Scholl begitu komited untuk membawakan rutin penjagaan kuku salon ke rumah anda. Sekarang, anda bisa memanfaatkan keluaran baharu dari Scholl ini untuk kecantikan kuku anda di rumah!
Dengan harga RM135.20 seunit, anda bisa memiliki peranti yang hebat ini untuk merapikan kuku seperti baru lepas mendapatkan khidmat profesional bar kuku tanpa mengambil masa yang panjang. WOW! Yang paling penting, anda mampu berjimat dan ulang menggunakannya seberapa kali yang anda mahukan kerana pen kuku elektronik istimewa ini beroperasi menggunakan bateri. Ringkas bukan?
Menerusi 3 kepala pen yang disediakan, anda hanya perlu lakukan 3 langkah mudah untuk mencapai hasil kuku yang lebih menarik dan sihat. Terdapat 3 kepala pen kuku berbeza termasuk untuk mengasah, menggosok serta menggilap.
Sebagai langkah pertama, anda perlu menggunakan kepala pen kuku yang berwarna biru tua ini untuk membentuk kuku mengikut cita rasa anda. Asah penghujung kuku sehingga anda mendapat bentuk kuku idaman. Tetapi, jangan lupa untuk membersih dan mengeringkan kuku tangan dan kaki sebelum anda mula menggunakan peranti Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System ini tahu? Apabila kuku lembut dan bersih, ianya lebih mudah untuk dibentuk serta diuruskan.
Sebagai langkah kedua, anda boleh meratakan permukaan kuku secara lembut menggunakan kepala pen kuku yang berwarna biru muda ini. Semasa meratakan kepala keseluruh bahagian kuku, jangan terlalu menekan dengan kuat. Cukup sekadar tekanan ringan sambil membuat pergerakkan membulat ke atas bermukaan kuku supaya ia rata dengan sekata. Setelah permukaan kuku terasa lembut dan lebih rata, anda boleh sambung ke langkah yang seterusnya.
Kini tiba masanya untuk anda menggilap kuku agar kelihatan bersinar sentiasa! Sila guna kepala pen yang berwarna putih ini untuk hasil riasan kuku menawan. Anda psati berpuas hati dengan hasilnya!
Akhir sekali, jangan lupa untuk melengkapkan risan kuku D.I.Y anda untuk meliputi kuku dengan salutan perlindungan dari cecair Scholl Velvet Smooth Nail Care Oil ini. Minyak penjagaan kuku ini dirumus khas dengan Vitamin E, Omega 3 dan 7 Complex Oil berkhasiat yang menggabungkan ciri berkhasiat Minyak Biji Bunga Matahari, Minyak Badam Manis, Minyak Biji Rami, Minyak Biji Aprikot, Minyak Avokado, Minyak Argan dan Minyak Shea. Ia berfungsi untuk melembapkan kutikal kuku anda agar tidak mudah kering serta menggelupas.
Tonton Video Demonstrasi Bagaimana Nak Gunakan Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System
Sesuai untuk semua jenis wanita, pen kuku dari rangkaian Scholl Velvet Smooth Elctronic Nail Care System ini juga mudah dibawa kemana sahaja untuk kegunaan sehari-hari. Jangan lupa untuk berikan belaian terbaik kepada kuku tangan dan kaki anda setiap dua minggu sekali! Isian semula kepala penjagaan kuku adalah RM29.90 manakala minyak penjagaan kuku pula RM34.90. Anda boleh dapatkan kesemua rangkaian Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System di farmasi atau pasaraya terdekat termasuk Caring, Guardian, Watsons, Giant dan Tesco.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.scholl.com.my