Uniqlo umum rangkaian pakaian dalam AIRism yang telah berwajah baru, berfungsi untuk melindungi tubuh manusia dari cuaca ekstrem, malah selesa untuk dipakai di mana sahaja and berada.
Rangkaian untuk lelaki yang kini tidak mempunyai garaisna leher nyata serta jahitan cengkaman pada lengan secara todak langsung membuatkan si pemakai berasa selesa sepanjang masa. Manakala rekaan untuk wanita pula menampilkan siri baju-T yang mengetengahkan fabrikasi mudah lentur serta ringan.
Musim ini, secara istimewanya, AIRism turut memperkenalkan rangkaian untuk bayi. Fabrik yang menyerap peluh dah mudah bernafas itu pasti membuatkan si cilik kekal selesa setiap masa.
RANGKAIAN AIRISM 2016 DARI UNIQLO
Untuk Lelaki
Uniqlo mengutamakan pemakaian yang selesa dan bertepatan dengan gaya pemakaian individu masa kini. Baju dalam rangkaian AIRism memang dibuat menggunakan fabrik nipis dan tidak mempunyai garisan leher serta lengan agar mudah dipakai di bahagian lapisan bawah baju utama yang digayakan tanpa mendedahkan pakaian dalam tersebut.
Garisan leher V memang sengaja diterapkan supaya walaupun si pria memakai baju polo yang mempunyai garisan butang V, pakaian dalam berkenaan tidak akan terlihat dari luar.
Untuk Wanita
Fabrikasi yang mudah lentur khas untuk wanita dari siri AIRism juga tidak mempunyai garisan leher dan lengan, malah lebih lembut di kulit.
Bukan itu sahaja, bentuk badan baju berkenaan turut dipanjangkan agar mudah untuk para wanita memasukkannya ke dalam skirt mahupun seluar supaya ia terletak sempurna pada badan.
Baju dalam tanpa lengan (camisoles), tank tops serta seluar pendek boleh dipakai secara set mahupun berasingan. Seluar pendek untuk wanita direka untuk tetap nipis pada bahagian pinggang serta keliling kaki bagi mengelakkan garisan seluar dalam timbul.
Fabrik Mudah Bernafas Khas Untuk Bayi & Kanak-Kanak
Uniqlo sentiasa komited untuk menyediakan pakaian yang selesa dan versatil untuk semua peringkat umur, oleh itu, untuk pakaian dalam kanak-kanak ini, selain mudah bernafas, ia juga berfungsi untuk menyerap peluh atau sebarang lembapan pada kulit secara efektif.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.uniqlo.com/my