Pihak The Jewellerists iaitu jenama sebuah kedai barang kemas yang terkenal sekitar Kuala Lumpur kini sangat berbangga untuk melancarkan jenama barangan kemas bermutu antarabangsa baru, yang dibawa khas dari kota Paris, Pacôma.
Sejarahnya bermula apabila The Maison Schmittgall iaitu pembekal mutiara berharga yang telah dibangunkan sejak tahun 1926 di tengah-tengah Paris aktif mencari mutiara air tawar yang paling berharga, malah itulah yang membuatkan Maison sekian lama menjadi perhatian peminat barangan kemas kerana kualiti serta halus kerja tanganya.
Pada tahun 2006, Maison menyambut ulang tahunnya yang ke -80. Apa yang lebih mangujakan, Maison turut mencipta satu lagi legasi yang digelar Pacoma sebagai duta untuk tukang emas Perancis yang fokus terhadap kraf mutiara.
Menyemai minat yang mendalam terhadap proses pembelaan mutiara, terutama sekali di daerah Tahiti serta laut Selatan, disitulah juga tempat untuk Pacôma mencipta dan mendapat sumber alkimia yang sempurna daripada emas dan batu permata.
Oleh itu, The Jewellarists yang memiliki sebuah butik barang kemas terkemuka di Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas sejak 2012 mengetengahkan penggunaan mutiara sebagai material utama dalam koleksinya yang ini.
Digabungkan pula dengan batu permata mewah yang lain; terdapat dalam set 18k, 14k, 9k emas putih, emas rose gold dan emas kuning. Kesemua kepingan barang kemas adalah buatan halus tangan dan telah digubah dengan cukup sempurna.
The Jewellarists ada juga mengambil tempahan khas mengikut kehendak pelanggan kerana mereka amat memahami cita rasa individu yang berlainan.
“Kami sentiasa peka dan komited untuk menghasilkan barang kemas yang terkini serta berkualiti untuk para pelanggan”, jelas Pengasas The Jewellerists, Jilian Chong.
The Jewellerists membawakan barang kemas mutiara yang gayanya pasti tidak lapuk dimamah zaman. Khas buat wanita mahupun lelaki, koleksi New-Age Pearl Jewellery dan Asteria pasti memberi seribu satu pengalaman yang istimewa kepada si pemakai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jewellerists.com