Agak sukar untuk menemukan beg yang dilengkapi pelbagai fungsi. Setiap hari kita perlu menentukan gaya pemakaian, dipadankan pula dengan tas tangan yang harus bersesuaian, tetapi adakah beg yang mempunyai fungsi kepelbagaian?
Terutamanya, bukan mudah untuk mendapatkan beg sandang yang boleh dipakai tatkala majlis formal. Tetapi dengan adanya ciptaan baru daripada jenama beg Swiss, QWSTION, tiada lagi masalah.
Beg sandang oleh Qwstion bukanlah hanya sekadar beg sandang biasa, ia juga boleh dijinjit seperti beg tote kerana hadir dengan tali pemegang yang boleh dilaras, sesuai untuk digayakan sewaktu menghadiri perjumpaan rasmi di pejabat mahu pun ke acara-acara formal lain.
Ruang simpanan untuk keperluan harian direka dengan perincian yang tampak bergaya dan moden, cocok buat mereka yang dahagakan sesuatu kelainan tapi masih lagi kelihatan logik.
Perincian yang ringkas dan tepat. Kesemua rekaan beg istimewa ini diperbuat daripada material kapas organik dan ditawarkan pada harga yang berpadanan dengan rekaan unik serbagunanya.
Bawa buku anda, pakaian pantai, keperluan pejabat atau apa sahaja di dalam beg yang selesa ini. Materialnya yang tidak berat akan lebih memudahkan pergerakan seharian anda.
Ruangan utama isian beg dilindungi penutup berkepak atau untuk lebih memudahkan, anda boleh terus menyeluk melalui zip yang berada dibahagian tepi badan beg berkenaan tanpa perlu menyelak penutup utama.
Terdapat juga poket telefon pintar tersembunyi serta ruang simpanan kecil yang lain bagi memenuhi keperluan anda secara efisyen.
Anda boleh dapatkan siri beg dwifungsi oleh QWSTION ini di kedai beg terpilih pada harga bermula RM630 – RM680.
- Dapper & Gentry: Gateway KLIA2 #L2-73b
- 46 by Project Gibraltar: USJ 9/5P Subang Jaya #G46-1
- Acquire: Bangsar Village 2 #2F-23&25
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.qwstion.com