Emily Mariko tolonglah…
Mungkin ada yang tidak mengenali siapa Emily Mariko. Wanita ini antara pempengaruh media sosial yang cukup terkenal dengan niche organizer, dekorasi rumah dan resepi masakan. Nama Emily Mariko mula melonjak naik apabila, dia berkongsi resepi kombinasi salmon, nasi dan sos Sriracha. Kemudian, tips dekorasi rumah gaya minimalis juga membuat ramai melekat dengan akaun Emily Mariko.
Bukan itu sahaja, Emily juga rajin berkongsi daily life vlog yang cukup ringkas, sederhana dan ada juga unsur quiet luxury. Jadi seperti biasa, bila sudah ada platform sendiri sudah pasti Emily mahu menghadiahkan sesuatu pada pengikutnya. Dua hari lalu Emily melancarkan koleksi beg tote yang ditunggu-tunggu ramai.
Ia beg tote yang digelar Farmers Market Tote, namanya cukup sinonim dengan Emily yang sering ke pasar dan membeli-belah. Ramai yang teruja dengan dua buah beg tote bersaiz XL ini. Apatah lagi ia hadir dengan warna pastel kelabu Eucalyptus dan merah jambu Strawberry Milk. Namun keterujaan itu berakhir apabila dari laman sesawang emilymariko.com menunjukkan harga sebuah beg itu AS$120 sekitar RM600!
Muncul video-video kritikan terhadap Emily tentang harga sebuah beg tote yang sangat mahal. Tidak begitu sesuai dengan keadaan ekonomi yang kurang baik dan melihatkan pelbagai lagi masalah secara global. Ada juga yang berpendapat beg tote seperti itu boleh didapati dimana-mana sahaja dengan harga yang jauh lebih rendah. Tepuk dada, tanya selera.
Pun begitu, DIVA masih faham kenapa Emily Mariko berani menggunakan angka yang tinggi pada Farmers Market Tote.
Pertama sekali ialah kualiti dan aspek pembuatan beg tote ini bukan mass-production atau dikategori sebagai fast fashion. Ia 100% diperbuat dari fabrik kapas dan made in California. Buat kamu yang memahami sustainable fashion sudah pasti menghargai aspek yang dibawa oleh Emily. Apa yang paling DIVA suka ialah apabila Emily Mariko mengambil keputusan untuk menjualnya di laman sesawang rasmi bukan di aplikasi jualan yang lain.
Bagi DIVA ia adalah langkah eksklusif dan terasa aura quiet luxury! Target market Emily juga sudah tentu kepada individu yang berduit dan tidak lokek dengan konsep fesyen yang dibawa. Pembuatan dari California pula sudah menunjukkan Emily memilih pengeluaran dengan kadar upah yang baik, tidak seperti kilang-kilang yang menjual fast fashion.
Jadi apa pendapat kami tentang beg tote Emily Mariko?