Mentang-mentanglah Krismas dah semakin dekat, dan dan itu jugalah semakin banyak syarikat pengeluar produk yang berlumba-lumba membuat jualan murah disamping mempromosikan potongan harga bagi jualan akhir tahun.
Bosch, jenama pengedar barangan teknologi serta perkhidmatan terkemuka dunia ini bakal mengadakan jualan gudang besar-besaran pada 5 dan 6 Disember 2015!
Bawa pulang pelbagai rangkaian produk keluaran Bosch idaman anda termasuklah barangan elektronik kerja berat, peralatan rumah, sistem keselamatan serta banyak lagi pada potongan harga sehingga 70%. Sungguh hebat!
Yang lebih menarik, terdapat beberapa item Bosch yang terpilih seperti ‘Bosch diamond driller’ yang berpeluang dimiliki oleh anda dengan hanya RM1!
Akan tetapi, satu item hanya tertakluk untuk seorang individu bermaksud, hanya 50 unit sahaja yang akan dijual bagi setiap jenis produk keluaran. Siapa cepat, dialah yang dapat.
Wow! Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai serbu parti jualan gudang Bosch awal Disember ini! 100 pelanggan terawal juga bisa mendapatkan baucer makanan.
Jika nak dapat hadiah menarik daripada Bosch, anda boleh mengambil bahagian dalam Peraduan Facebook Selfie Bosch.
MASA: 5 Disember 2015 / 10.00am – 5pm & 6 Disember 2015 / 9.30am – 3pm
LOKASI: Robert Bosch Sdn Bhd
No 8A Jalan 13/6, Petaling Jaya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bosch.com.my