Baking soda mampu melawan jerawat, pemutihan gigi, sebagai penyegar nafas, melembutkan kulit, membersihkan rambut dan pelbagai lagi manfaatnya.
Takkan dah bertahun-tahun guna langsung tidak buat apa-apa? Makin hari makin gelap warnanya malah paling teruk sudah berbau. Habis berjeragat badan dan wajah anda nanti kalau dibiarkan terperuk sahaja. Baking soda boleh membantu semua itu.
Bagaimana caranya:
Letakkan satu cawam baking soda dalam bekas jar kecil. Kemudian letakkan 4 atau 5 titis minyak lavender (boleh sahaja kalau nak guna wangian lain ikut citarasa masing-masing). Seterusnya goncang-goncangkan jar tersebut sehabis baik.
Sebelum anda mulakan proses mencuci tilam ini disarankan anda basuh semua cadar dan sarung bantal menggunakan air panas sekurang-kurangnya 130 darjah! Ini akan membunuh hama yang ada. Seterusnya, mulakan dengan menuang baking soda pada tilam menggunakan penapis. Biarkan selama satu jam atau lebih, bagi membenarkan ia menarik keluar kotoran, kelembapan, dan bau.
Seterusnya dengan menggunakan vakum sedut perlahan-lahan segala kotoran yang ada. Lakukan keseluruhan tilam dan pastikan anda menyedut atau menarik keluar serpihan dari dalam tilam sebanyak yang mungkin.
Baking soda bukan sahaja boleh menarik kelembapan dan kotoran, tetapi ia juga boleh menghilangkan bau. Tilam anda akan berbau segar dan bersih. Minyak lavender membantu untuk meredakan tekanan dan menggalakkan tidur plus ia juga berbau harum!