Setiap daripada kita mengimpikan rambut yang cantik dan sihat. Rambut yang cukup nutrien, rambut yang tidak mendatangkan masalah seperti gugur, kelemumur, rapuh, berminyak dan pelbagai lagi yang hanya membuatkan kita stress. Menggunakan minyak atau serum dapat menjadikan mahkotamu lebih berkilau.
Malah, minyak rambut menjadi kegemaran pakar kecantikan seluruh dunia. Apa sebabnya? Ia kaya dengan essential fatty acid dan dengan ciri-cirinya yang berminyak, ia bagus untuk rawat rambut bercabang, mengunci lembapan dan meleraikan kusut.
#Minyak avokado terbaik untuk rambut nipis
Jika rambut anda jenis nipis, apa yang perlu dilakukan adalah minyak yang akan menggalakkan pertumbuhan sel dan memberi kilauan. Lebih ringan minyak yang digunakan, itu lebih baik. Minyak avokado menyerap ke dalam rambut dengan pantas dan tidak berminyak.
#Minyak babassu untuk rambut tebal atau kerinting
Jika rambutmu penuh dan tebal, minyak kelapa atau shea butter pilihan yang baik malahan juga minyak babassu (rupanya tak banyak beza dari kelapa sawit). Yang ini juga tidak berminyak atau menyebabkan kulitmu rengsa.
#Minyak marula terbaik untuk rambut warna
Jika anda selalu sangat warnakan rambut, minyak marula terbaik untuk anda. Kerana teksturnya yang ringan dan tidak terlalu likat, kaya Vitamin C dan E, serta pantas meresap, jadi ia baik untuk menutup kutikel rambut dan mengunci lembapan untuk hasil ‘mahkota’ lembut dan bebas kusut.
#Minyak tea tree, kulit kepala kering atau berminyak
Minyak antikulat dan antibakteria ini bukan sekadar bagus untuk hapuskan minyak berlebihan, malah baik untuk singkir sel kulit mati yang boleh menyebabkan kelemumur. Ia juga membuka folikel dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
#Minyak argan untuk rambut kering
Rasanya semua orang tahu akan kebaikan dan kelebihan minyak argan. Ia adalah penawar paling baik untuk merawat rambut kering kerana mampu menyubur dan memperbaiki hujung rambut bercabang.