Semangat kuat Hush Puppies Apparel terhadap dunia, dipengaruhi oleh budaya, muzik, politik dan kesusasteraan. Dengan jati diri yang tinggi dan tidak perlu berlebih-lebihan untuk tampak hebat, Hush Puppies memperlihatkan pemikiran warga global ini dalam ‘World Bazaar’ koleksi Musim Cuti 2015 keluaran yang terbaharu.
Koleksi ‘World Bazaar’ kemas kasual bergaya tersendiri ini diilhamkan oleh aliran dan kecenderungan dunia terhadap perayaan global, iaitu pesta yang menyatukan dan mempererat ikatan komuniti tanpa mengira budaya atau agama.
Bertujuan untuk membawa anda dari lorong-lorong di Rom ke pasar-pasar Marrakech, koleksi ini adalah adunan corak dan tekstur yang menyalurkan jiwa berkelana dalam diri kita semua – jalur-jalur Cabana, bendera dan paparan makanan.
Tersedia dalam warna-warna Pantone yang menyerlahkan rempah-ratus dan bunga-bungaan segar di bazar setempat, koleksi Musim Cuti 2015 ini ialah jaringan warna yang membangkitkan semangat seperti Marsala, Tiger lily, Honeysuckle dan Mimosa.
Harga barangan daripada rangkaian koleksi dari RM 79.90 hingga RM 269.00. Koleksi World Bazaar tersedia di outlet dan stor gedung yang terpilih.