Wah biar betul? Selalunya cabaran menghabiskan makanan dalam satu jangka masa tertentu akan diberi pengiktirafan Wall of Fame tetapi sebaliknya berlaku di sebuah restoran ini.
Apa tidaknya, sebuah restoran Mexico, Don Chingon yang terletak di Flatbush, New York dikatakan memberi ganjaran yang amat bernilai.
Sekiranya pelanggan boleh menghabiskan sajian burrito (makanan orang Mexico, roti tortilla yang diisi beraneka inti) seberat 14 kilogram dalam masa sejam, individu itu akan memperoleh sebanyak 10 peratus saham restoran tersebut.
Ianya juga sekaligus melayakkan mereka menjadi rakan kongsi serta pemilik bersama restoran.
Bukan mudah nak menang sebab ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi antaranya, peserta perlu menghabiskan ‘permainan’ dengan meminum sekali minuman margarita pedas yang direka pemilik selain pihak restoran tidak akan menanggung sebarang risiko kecederaan atau kematian sekiranya berlaku.
Jika peserta tidak berjaya menghabiskan cabaran, mereka perlu membayar bil makanan itu yang berjumlah sebanyak USD$150 (RM625).
[SUMBER]