Mengumumkan, saluran pengembaraan dan gaya hidup nombor 1 di rantau Asia Pasifik TLC bakal membawakan sebuah festival menarik ke Malaysia buat julung-julung kalinya!
Pada 22 November bermula jam 2.00pm, ayuh ramai-ramai kita turun padang ke Setia City Park, Setia Alam untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik, tidak kurang juga terdapat penampilan khas personaliti terkemuka pilihan TLC.
Kepada para peminat si jelita Janet Hsieh dari Taiwan, impian anda untuk bergambar dan beramah mesra bersama beliau di festival anjuran TLC mungkin menjadi kenyataan! Perkahwinan Janet Hseih yang baru sahaja berlangsung di Antartica serta rentetan perjalanan ceritera cintanya bakal dipaparkan kepada peminat melalui rancangan baharu Fun Taiwan All-Stars: Wedding Special. Tayangan adalah setiap hari Selasa, jam 8.00 pm hanya di TLC saluran Astro 707 bermula 24 November akan datang!
Selain itu, terdapat juga rancangan lain yang pastinya akan menceriakan lagi hari-hari anda seperti The Fabulous Baker Brothers, Jojo’s Diary of Asia, Food Fiz with Erwan Heussaff dan banyak lagi!
Jom alami keseronokan bersama keluarga tatkala bersantai ala berkelah di dataran hijau Setia City Park, Setia Alam yang serba sempurna untuk hiburan hujung minggu anda bersama keluarga! Sambil makan, sambil berhibur, sambil menghirup udara yang segar dan mendamaikan, Festival TLC menjanjikan pelbagai tarikan menarik kepada para pengunjung yang hadir.
Pelbagai jenis pilihan menu makanan artisanal daripada puluhan trak makanan, persembahan muzik secara live oleh pemuzik jazz tempatan oleh Grooving, pengalaman menaiki belon udara panas, rock climbing, sesi dandanan, hingga ke persembahan silap mata, lukisan muka, istana angin (bouncy castle) untuk si cilik, semuanya khas untuk hiburan anda dan keluarga!
Untuk maklumat lanjut berkenaan acara Festival TLC dan aktiviti menarik yang bakal disediakan, sila layari www.tlcasia.com