DIVA yakin ramai orang tengah berlumba-lumba buat persiapan untuk Hari Raya. Lebih-lebih lagi persiapan baju raya. Bukan apa kalau tak ada baju raya, tak rayalah nanti kan?
Jika belum mencari atau menjumpai baju raya yang sesuai, mari DIVA cadangkan satu tempat untuk kamu dapatkan semua benda dalam satu masa.
Namakan saja apa yang kamu perlukan. Dari baju raya, kain fabrik, tudung, kosmetik hingga makanan semuanya boleh didapati di The Fashion Journal!
The Fashion Journal Pamer Jenama Lokal Yang Hebat!
Terletak di Setia City Mall, DIVA berpelung untuk menjejakkan kaki ke The Fashion Journal. Kalau kamu nak tahu, The Fashion Journal adalah satu ruang konsep yang menampilkan fesyen dan kecantikan.
Yang lagi best masuk sahaja ke The Fashion Journal, kamu akan mendapati semuanya adalah jenama lokal. Antara jenama lokal yang berada di The Fashion Journal adalah;
- Bayu Somerset terkenal dengan rekaan Baju Kurung Kedah dan Kebaya yang bercorak unik dan harga berpatutan.
- Binwani’s menawarkan pilihan fabrik fesyen untuk gaya harian.
- LOCKA menyediakan pakaian dan rekaan terkini untuk wanita.
- UMMA sesuai untuk wanita moden yang versatil dan sopan.
- NITA tawarkan rangkaian kosmetik yang warna-warni.
- SYEDEWA jenama kosmetik terkenal yang fokuskan pada semua jenis tona kulit.
- Oh Apong jenama lokal yang menawarkan pelbagai makanan dan minuman; aiskrim serta kopi gula apong.
Psst… Setiap rangkaian kosmetik yang dijual di The Fashion Journal adalah bebas ujian terhadap haiwan.
Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi The Fashion Journal, Setia City Mall untuk pelbagai promosi eksklusif untuk Hari Raya nanti!