Hari Raya sinonim dengan kemeriahannya dan juga masa untuk berkongsi kegembiraan. Oleh itu, pengeluar dan pengedar minuman ringan yang terbesar di Malaysia, F&N Beverages & Marketing Sdn. Bhd., meraikan perayaan tahun ini dengan peraduan bersama pengguna-pengguna setianya; khususnya bagi lima (5) orang individu bertuah yang merupakan finalis-finalis Peraduan Ceria Raya Bersama F&N.
Mereka dipilih untuk bersaing dalam acara kemuncak peraduan tersebut di Sunway Pyramid. Mereka berlima bersaing untuk merebut hadiah-hadiah yang hebat serta peluang untuk membawa pulang Hadiah Utama, iaitu sebuah rumah impian bernilai RM1 juta.
Pemenang Hadiah Pertama yang beraksi cemerlang dalam melaksanakan cabaran-cabaran iaitu Hadayati Binti Jamil, 41 tahun dari Shah Alam, Selangor. Nadia Binti Mohamad Nasir, 27 tahun dari Seri Kembangan, Selangor memenangi Tempat Kedua, sebuah Nissan Almera 1.5L E A/T yang bernilai RM63,000. Fatin Shazwani Binti Hamdan, 26 tahun, dari Ipoh, Perak yang mendapat tempat ketiga, membawa pulang satu set Sistem Teater Rumah yang terdiri daripada 1 TV UHD Samsung 65″, 1 Sistem Teater Rumah Samsung & 1 JBL Sound Bar bernilai sebanyak RM30,000. Sumengdiran Boyle A/L Ularkanazan, berumur 32, dari Pulau Pinang and Chuan Wei Yiaw, berumur 30, dari Cheras, Kuala Lumpur, masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 setiap orang.
Lima orang peserta finalis ini akan melalui satu siri cabaran yang melibatkan tugasan mental dan fizikal yang digabungkan dengan elemen keseronokan. Setiap finalis perlu melengkapkan sebanyak 3 cabaran, dan 3 orang peserta dengan mata tertinggi akan meneruskan cabaran ke separuh akhir. Peserta terakhir pula perlu melalui pusingan akhir untuk memilih sampul surat yang betul dengan tanda menang bagi membawa pulang Hadiah Utama, iaitu sebuah rumah impian.
Jenama yang mengambil bahagian dalam Peraduan Ceria Raya bersama F&N termasuklah 100PLUS, F&N Fun Flavours, F&N SEASONS NutriSoy, F&N SEASONS NutriWell, F&N SEASONS Tea dan OISHI. Ini merupakan kali pertama barisan jenama-jenama F&N terlibat bersama peraduan pengguna seperti ini.