Anda pernah bayangkan kelas yoga di dalam kereta, bukankah pelik? Tetapi tidak bagi guru yoga ini apabila telah membuka kelas yoga di dalam keretanya sendiri.
Ruang bahagian belakang kereta SUV miliknya dijadikan studio untuk para pelajar mengikuti kelasnya. Dengan ruang dalam SUV yang terhad, ia hanya cukup untuk dirinya dan seorang pelajar sahaja.
Momo dari Chongqing berkata kebanyakan pelanggannya adalah di kalangan pekerja kolar putih yang membayar untuk sesi latihan one-on-one untuk tumpuan yang lebih. Malah, guru yoga ini berharap orang ramai dapat menerima sukan ini yang sememangnya memberi ketenangan dan kegembiraan ketika melakukannya.
[SUMBER]