Satu potret perkahwinan yang telah disunting kembali menjadi hangat di media sosial hari ini. Foto yang memaparkan gelagat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan selebriti Azwan Ali sebagai pasangan suami isteri sebelum ini telah menjadi viral beberapa hari lalu.
Namun foto berkenaan kembali diperkata apabila ahli Parlimen Pengerang itu sendiri memuatnaik di laman Istagram miliknya.
Menariknya, beliau dilihat menyambut perkara itu dengan nada yang ‘lucu’.
Ini dinyatakan melalui laman Instagramnya sambil memuat naik foto berkenaan.
“Hahaha.. nak buat macam mana.. Asam garam politik,” tulisnya sebagai kapsyen gambar berkenaan.
Foto berkenaan dijadikan ‘troll’ oleh pengguna media sosial apabila perwatakan Azalina yang sedikit ‘tomboy’ dipadankan dengan Azwan yang kelihatan ‘lembut’. Bagaimanapun pengguna media sosial hanya menganggap foto berkenaan hanya sebagai hiburan semata-mata.
[Sumber]