Rihanna tampil dalam episod keempat, siri kempen Dior – Versailles.
Rihanna memberi nafas baru kepada kempen Dior dengan paparan video penyanyi tersebut meneroka istana Versailles. Dimulakan dengan lagu ‘intro’ terbarunya, “only if for a night”, penyanyi pop ini membangunkan suasana malam di tempat tersebut dengan rekaan kacamata Dior.
Selain video, kempen cetak turut melibatkan Rihanna manakala Steven Klein menjadi jurugambar rasmi bagi tema kali ini, iaitu indoor/outdoor garden.
Kacamata hitam DiorSoReal memberi sentuhan yang sophisticated dan revolutionary dengan gabungan dari sudut kreatif arkitek serta fesyen.
Menggubah bentuk asal ‘pantos’, material lightweight metal frame memastikan mata anda dilengkapi dengan perlindungan UV 100%.
Bagi tahun 2015 ini, Dior mengemukakan 12 palet warna iaitu merah jambu, hitam, kristal/biru, bleu marine/pink gold dan lain-lain.
Jika anda ingin melihat rekaan kacamata Dior dengan lebih dekat, saksikan paparan video kempen ini dibawah: