Apa yang anda makan (dan minum) menjadi sebahagian daripada diri anda, jadi bukankah lebih baik jika perawakan anda bermula dengan kesihatan tubuh badan? Hampir 60% daripada kandungan badan manusia adalah air, jadi cara pengambilan air harian anda merupakan langkah pertama ke arah penampilan yang lebih bergaya.
Guardian, rangkaian kedai farmasi, kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia, telah memperkenalkan Air Mineral Guardian dalam botol baru yang menampilkan garis bentuk langsing yang mudah dibawa di dalam beg tangan, beg galas dan pemegang cawan kereta.
Reka bentuk yang berinspirasikan titisan air dan siluet tubuh manusia ini mempunyai faktor bentuk bulat dan panjang dengan label jelas yang mencerminkan ketulenan dan kandungan mineral air yang bersumberkan mata air yang cukup menghilangkan dahaga dan sebagai peringatan kepada kepentingan minum air secukupnya.
Berbeza dengan botol berbentuk silinder tradisional yang telah digunakan selama berpuluh-puluh tahun, botol baru Air Mineral Guardian ini menampilkan garis bentuk ramping lembut dengan perkataan ‘Guardian’ dan bahagian atas melengkung yang bertumpu ke arah pinggang botol untuk membolehkan botol dipegang dengan mudah dan kemas, sesuai apabila tangan berpeluh selepas bersenam atau pada hari yang panas. Pinggang botol yang ramping juga memudahkan botol ini dipegang oleh tangan kaum wanita yang kecil dan mencegah tumpahan air.
Menambahkan lagi aura menyejukkan, reka bentuk istimewa botol ini menampilan motif paku-pakis yang berulang dan meliputi bahagian bawah botol. Paku-pakis dikaitkan dengan sumber air tulen kerana tumbuhan ini kerap ditemui di kawasan berhampiran sungai, anak sungai, tasik dan air terjun, lantas mencetus perasaan nyaman dan tenteram.
Hilangkan dahaga badan dengan penuh bergaya dengan Air Mineral Guardian 500ml (harga jualan RM1.28) atau 1500ml (RM1.98) di semua kedai Guardian di seluruh negara dan e-kedai Guardian di https://online.guardian.com.my