Anda sungguh tertawan akan fesyennya di dalam siri TV ‘Sex and The City’, pilihan kasut yang pelbagai, malah solekan ringkas yang tampak natural sekali dilihat. Empunya diri, Sarah Jessica Parker berkongsi 8 rahsia kecantikan dalam memastikan diri sentiasa tampil bersedia walau di mana sahaja.
1. Moisturizer
Menurut Sarah Jessica Parker, wajah yang lembap adalah segalannya. Sebelum mengaplikasikan mekap, dia akan memakai moisturizer dan eye cream. “I like Clarins Beauty Flash and Clarins Eye Contour Balm. They’re made out of plants and they’re safe to use,” ujarnya. Selain itu, SJP juga amalkan rutin minum air putih setiap hari sejurus bangun tidur.
2. Foundation
Kunci untuk mendapatkan wajah yang natural dan glowing adalah memastikan kamu elak memakai foundation yang terlalu tebal. Pilihan SJP pula tentu sekali Laura Mercier Tinted Moisturizer!
3. Blush
Perlu diingat, jangan menggunakan highlighter untuk mekap siang. “I like to use a cream blush and apply that on apply of the cheek. I like Tarte and Nars makes a creamy formula that is really beautiful.”
4. Shimmer
Menurut SJP, untuk mekap malam, shimmer penyelamat untuknya bagi kelihatan lebih glamor. Gunakan shimmer pada tulang pipi, bahagian tulang bahu jika mengenakan tube dress. NYX Born to Glow Liquid Illuminator adalah terbaik untuknya.
5. Face Illuminator
Helah kecantikan lain yang boleh diambil dari SJP adalah mencampurkan foundation dengan face illuminator. Warna silver, gold bahkan pink sesuai diaplikasi pada waktu-waktu tertentu.
6. Concealer
Untuk kawasan mata, daripada menggunakan shimmering illuminator, lebih baik gunakan concealer untuk memberikan kesan brightening. Gunakan pada kawasan di bawah mata dan sekitar hidung untuk kesan wajah yang kelihatan lebih fresh.
7. Syampu
SJP terkenal dengan rambut blonde yang selalu terlihat indah. Rahsianya adalah Bumble and Bumble Sunday Shampoo yang digunakan ketika mencuci rambut. “It’s about the only shampoo that gives my hair that squeaky clean feeling that I had as a child.”
8. Conditioner
Selain syampu, conditioner mampu nutrisi lebih pada rambut kerinting. “To condition, I use Kerastase Oleo-Relax Masque which isn’t cheap, but it really works on my dry, over-styled hair.”
Sumber : fimela.com