Diilhamkan oleh keanggunan abadi dari tahun 1950-an hingga 1970-an melalui ikon fesyen seperti Audrey Hepburn dan Grace Kelly, Duchess & Co melambangkan gaya klasik vintaj terhormat, bersama-sama dengan gaya hidup moden untuk menawarkan pakaian ready-to-wear kepada kaum wanita.
Setiap koleksi Duchess & Co menonjolkan kebijaksaan mereka merancang bagi memastikan pelanggan boleh mix and match setiap item fesyen mengikut keinginan mereka sendiri, memberikan kreativiti penggayaan sepenuhnya kepada pelanggan itu sendiri. Setiap satu daripada tops, gaun dan skirt mereka boleh dipadankan dengan pelbagai item fesyen dan aksesori lain untuk mencapai gaya yang unik dan menarik.
Duchess & Co menawarkan koleksi unik meliputi spektrum fesyen wanita dari pakaian sehinggalah kepada aksesori. Reka bentuk yang asalnya dicipta dan dihasilkan dengan kualiti yang paling tinggi, direka menggunakan gabungan fabrik ulung dan bahan-bahan untuk membentuk kepingan artful yang sesuai untuk pakaian seharian, kerja, acara perkahwinan dan juga acara luar yang formal.
Jenama Malaysia yang unik ini berbangga dengan signature yang berdiri sendiri, menggunakan kepakaran vintaj yang datang dengan statement yang luar biasa dan cetakan klasik untuk mewujudkan kepelbagaian reka bentuk khusus buat wanita yang mementingkan penampilan yang stand out.
Kuala Lumpur | 17-1,Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Pulau Pinang | Lot 170.01.42 Plaza Gurney, Persiaran Gurney, 10250 Georgetown
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.duchessandco.com.