Miranda Kerr bukan sahaja dianugerahkan rupa paras yang menawan dan susuk tubuh yang dicemburui ramai wanita, janda anak satu ini juga dikagumi dek kerana mempunyai selera fesyen yang tidak tinggi . Berpegang kepada classic, chic and comfortable sebagai kunci kala bergaya, supermodel ini tidak pernah mengecewakan baik fesyen jalanan mahupun di karpet merah.
1. Miranda seksi dan sweet dengan elemen bohemian pada dark blue maxi dress bersama fringe bag.
2. Janda muda ini kelihatan cukup anggun mengenakan persalinan hitam.
3. Fesyen jalanan dengan striped shirts bersama skinny jeans dan highlight pada heels. Cukup gah sekali!
4. Siapa kata hitam membosankan. Lihat sahaja padanan yang dikenakan supermodel ini, cukup elegan. Agar tidak bosan, Miranda memilih gincu rona merah.
5. Menurut Miranda, jika anda mempunyai pinggang yang ramping, cuba pakai celanan atau skirt jenis high-waisted ataupun bodycon dress – seperti dalam gambar ini. Jika anda mempunyai kaki yang cantik, serlahkannya. Its about dressing your body.
6. Dengan figure tinggi lampai, Miranda menawan sekali dalam wide leg jeans.
7. Menurut lelaki, fesyen floral lebih sesuai untuk wanita tua. Siapa kata? Ambil contoh floral dress yang digayakan Miranda ini, sweet dan forever young.
8. “Saya rasakan kot oversized adalah item yang cool. Saya suka memakai stokin bersama ankle boot, skirt ataupun seluar pendek.”