Sebanyak 2.2 juta isi rumah di Malaysia masih bergantung hidup dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan dan berdepan kesukaran membeli keperluan asas seperti makanan. Berdasarkan statistik Malaysian Census 2000, 80 peratus keluarga dalam kemiskinan terdiri daripada ibu atau bapa tunggal dan diketuai oleh wanita. Kepayahan hidup yang dialami ibu tunggal kebiasaannya berpunca daripada kematian suami, diabaikan suami atau perceraian. Akibatnya, ramai yang berdepan cabaran kewangan dan majoriti ibu tunggal dari kawasan pedalaman kebiasaannya kurang kemahiran kerja serta pendidikan sehingga menyukarkan mereka mendapat pekerjaan yang baik.
Jenama penjagaan kulit ternama antarabangsa, NIVEA menjalankan satu kempen bertujuan membantu mengurangkan kesukaran hidup golongan kurang bernasib baik ini. Bersama-sama sembilan personaliti Malaysia yang berhati mulia, NIVEA melancarkan kempen kesedaran bagi memperkasa wanita di bawah nama ‘Empowers Women’.
Bak pepatah popular “charity comes from the heart”, wanita-wanita ini tidak hanya menyumbangkan keluhuran hati mereka, malah turut mengabadikan wajah mereka tanpa sebarang solekan dalam bentuk potret atas nama kebajikan.
Sembilan personaliti tersebut ialah Atilia Haron, Nadia Heng, Sherry Ibrahim, Mynn Lee, Amanda Imani, Hunny Madu, Vanessa Chong, Carey Ng dan Megan Tan. Kesemua mereka bersetuju untuk muncul dengan wajah tanpa sebarang solekan demi mengumpulkan dana untuk kempen ‘Empowers Women’.
Menerusi laman sosial mereka, barisan personaliti ini turut berkongsi mesej yang sama kepada pengikut-pengikut mereka dan wanita lain untuk sama-sama tampil ke hadapan dan menyokong usaha mereka dalam memperkasa golongan miskin serta melakukan perubahan sosial yang signifikan dalam kehidupan golongan terbabit.
“’Empowers Women’ merupakan kempen untuk membantu wanita yang kurang bernasib baik, memberi mereka kemahiran dan keyakinan dalam memastikan mereka mendapat pekerjaan yang baik serta dalam masa yang sama, membantu memperbaiki taraf hidup mereka untuk masa depan yang lebih baik buat anak-anak mereka. Kami juga percaya dengan bimbingan yang betul, ia mampu dilaksanakan!” ujar Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia & Singapura, Ng Hock Guan pada majlis pengumpulan dana ‘Empowers Women’.
Tambah Ng: “Sumbangan terkumpul daripada kempen ini termasuk sumbangan daripada NIVEA akan disalurkan kepada penganjuran kelas-kelas latihan kemahiran untuk wanita kurang bernasib baik. Bekerjasama dengan For Wisdom And Revolutionary Development, NGO yang fokus untuk membantu komuniti kurang bernasib baik, NIVEA menyasarkan untuk menyediakan latihan komprehensif agar golongan tersebut mampu menyara kehidupan. Kami mahu menggalakkan mereka menghantar anak ke sekolah, sesuatu yang sebelum ini menjadi penghalang buat mereka akibat kesempitan kewangan. Hanya dengan perubahan ini, mereka mampu membebaskan diri daripada dibelenggu oleh kemiskinan.”
Pada majlis yang diadakan di pusat beli-belah 1Utama itu, penderma-penderma dan kelompok dermawan tempatan turut membantu mengumpulkan dana bagi kempen tersebut dengan menaja barisan selebriti untuk menanggalkan solekan mereka agar kecantikan semula jadi mereka dapat ditatap masyarakat. Jumlah keseluruhan kutipan daripada semua penyumbang dermawan adalah sebanyak RM63,000.
Senarai penaja:
1) Dato’ Ahmad Shalimin Bin Ahmad Shaffie bagi Amanda Imani
2) Jasmine Raj bagi Vanessa Chong
3) Datuk Joseph Lau bagi Mynn Lee
4) Sherilyn Foong bagi Hunny Madu
5) Dato Dr. Jessie Tang – East West One Consortium Berhad bagi Atilia Haron
6) Puan Sri Sandra Lee bagi Sherry Ibrahim
7) Tanpa nama (Anonymous) bagi Megan Tan
8) Ng Hock Guan – Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia & Singapure bagi Nadia Heng
9) Datuk Kelvin Tan – Pengarah Miss Universe Malaysia Organization bagi Carey Ng
Mereka yang ingin menyumbangkan kepada kempen kesedaran ‘Empowers Women’ ini bolehlah berbuat demikian menerusi Tunai/Cek kepada:
NAMA AKAUN: FOR WISDOM AND REVOLUTIONARY DEVELOPMENT
BANK: RHB Bank Malaysia
NOMBOR AKAUN: 21427700071424
Layari laman rasmi Facebook NIVEA di https://www.facebook.com/mynivea untuk maklumat lanjut.