Usaha murni syarikat perdagangan bebas The Batik Boutique memberi peluang kepada golongan miskin, ibu tunggal dan kurang berkemampuan untuk meningkatkan kualiti taraf hidup mereka melalui penjualan barangan hasil kraftangan berasaskan batik.
Amy Blair, pengasas The Batik Boutique berkata, “Objektif The Batik Boutique adalah menggunakan pendekatan holistik bagi meningkatkan nasib kehidupan wanita tunggal serta keluarga mereka. Setiap hasil penjualan barangan The Batik Boutique akan disalurkan terus kepada wanita-wanita yang juga terlibat secara langsung dalam penghasilan produk tersebut. Selain itu, hasil keuntungan sebanyak 20% akan didermakan kepada badan-badan kebajikan di Malaysia. Saya sangat gembira melihat tranformasi kehidupan keluarga-keluarga kurang berkemampuan menjadi lebih baik. Ucapan terima kasih kepada pelanggan The Batik Boutique yang membantu dalam usaha mencapai transformasi ini.”
Ditubuhkan pada tahun 2010, idea The Batik Boutique tercetus dengan harapan untuk membantu seorang ibu tunggal menyara kehidupan sekeluarga. Sejak itu, usaha ini telah membantu lebih 30 wanita yang kurang berkemampuan dan ibu tunggal di sekitar Lembah Klang. Projek The Batik Boutique juga bertujuan untuk memperkenalkan karya seni batik ke seluruh dunia dan memartabatkan hasil warisan batik.
Antara koleksi barangan yang dijual:
Untuk maklumat lanjut mengenai The Batik Boutique atau pembelian secara online, sila layari www.thebatikboutique.com atau facebook thebatikboutique. Syarikat-syarikat yang ingin menghasilkan barangan batik yang khusus juga boleh menghubungi The Batik Boutique untuk membuat tempahan.