Jenama kecantikan terkenal, Fresh telah perkenalkan produk kecantikan wajah baharu mereka iaitu Black Tea. Mereka memberitahu bahawa black tea adalah tinggi dengan antioksida, ia bergerak dengan memperbaharui sel kulit, dan memperkukuh struktur kulit.
Berikut merupakan koleksi Black Tea daripada Fresh:
Antara produk yang menjadi pilihan adalah Black Tea Instant Perfecting Mask dan Black Tea Firming Overnight Mask.
Black Tea Instant Perfecting Mask
Mask ini mempunyai kandungan antioksida yang tinggi yang membantu menghidrat kulit wajah — hasilnya, kulit wajah yang lebih lembut, licin dan sihat. Diperkayakan dengan black tea, lychee seed extract, dan jicima root juice, produk unik ini terbukti mampu memberikan kesan lembap pada kulit wajah selama 6 jam. Tekstur mask ini mempunyai rasa cooling yang memberikan kesan segar pada wajah selepas menggunakannya.
Harga: RM225 / 50ml; RM365 / 100ml
Black Tea Firming Overnight Mask
Mask yang khusus dibuat untuk dipakai semasa tidur ini akan memperbaharui kulit wajah anda ketika proses tidur; memberikan kesan kulit yang tegang dan sihat apabila bangun daripada tidur. Rahsia utama keajaiban produk ini adalah kompleks black tea yang menghalang penuaan. Selain itu, produk ini turut diperkayakan dengan blackberry leaf extract dan lychee seed extract yang membantu melembut dan menganjalkan kulit.
Harga: RM365
Anda boleh dapatkan produk Black Tea ini di semua cawangan SEPHORA seluruh Malaysia.