Hari ini masuk hari ke-4 musim persekolahan 2015, dan ternyata pelbagai ragam dan kisah sama ada gembira atau sedih terhidang di media sosial, tidak terkecuali seorang kanak-kanak perempuan yang baru sahaja memasuki alam persekolahan tahun 1.
Video adik Ainaa Amanda Shahzali yang merupakan kanak-kanak istimewa ini menjadi viral di laman sosial di mana telah mengadu kepada ibunya “Mama.. mereka kata kat adik..takda tangan…” .
Adik Aina telah mengalami kecacatan tangan sejak dilahirkan lagi. Tetapi dari kepetahannya bercakap memang kita rasa kanak-kanak ini seorang yang pandai dan juga memang comel. Video yang dikongsi oleh ibunya sekadar perkongsian bersama-sama rakan-rakan bagaimanapun telah mendapat perhatian ramai pengguna Facebook yang telah berkongsi video ini.
Di dalam video itu tersebut adik Ainaa menceritakan kepada ibunya tentang pengalamannya memasuki alam persekolahan yang bermula semalam. Adik Aina telah mendaftar masuk ke Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, Tobiar Pendang, Kedah.
Wanista kongsikan video.
Sumber dari siakapkeli.com.my