Tahun baharu, jadi anda semua pasti tahu apa maknanya: ada resolusi dan undang-undang baharu yang berkuat kuasa. Walaupun kebanyakan daripada undang-undang atau peraturan-peraturan baharu kelihatan logik, namun ada beberapa orang yang pelik akan membuat anda tertanya-tanya bagaimana mereka boleh jadikan sesuatu hal tersebut sebagai suatu undang-undang. Bukan sahaja undang-undang berkenaan lain daripada yang lain, malahan mereka mungkin akan meletakkan anda di penjara.
Jom kita tengok 13 undang-undang baharu dan pelik untuk tahun 2015!
1) California – Restoran kini dibenarkan untuk membiarkan pelanggan untuk duduk bersama anjing mereka sambil menjamu selera di ruang teres luar
2) Nevada – Lesen memandu remaja boleh digantung atas alasan jika mereka ponteng kelas terlalu banyak
3) Washington – Ia adalah menyalahi undang-undang untuk membuang makanan atau apa-apa yang boleh dijadikan sebagai kompos
4) Oregon – Penjual rumah yang dirampas mesti memberitahu pembeli berpotensi jika ada kemungkinan bahawa rumah itu digunakan sebagai makmal meth
5) California – Penggunaan beg plastik adalah diharamkan di kedai-kedai, melainkan jika ia mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran, ataupun daging
6) New York – Kini diharamkan untuk selfie bersama harimau atau mana-mana kucing besar yang lain
7) Iowa – “Penggunaan” dengan “pemilikan dan pembelian” alkohol ditambah kepada senarai kesalahan yang boleh dihukum untuk mereka di bawah umur 21 tahun
8) New York – Penduduk perlu mengitar semula e-waste mereka sendiri
9) Michigan – Had perundangan mabuk untuk mengendalikan bot kini sama dengan mengendalikan kereta (.08 BAC)
10) Illinois – Guru dan pentadbir sekolah perlu menyiasat tuntutan buli siber yang terjadi di luar kelas
11) Massachusetts – Penduduk kini boleh memesan wain dalam talian secara langsung dari ladang anggur di luar negeri
12) California – Universiti yang menerima bantuan kewangan subsidi negeri mesti menguatkuasakan “standard persetujuan afirmatif” yang baru untuk membantu melarang serangan seksual di kampus
13) Illinois – Ganja perubatan boleh digunakan untuk merawat epilepsi dan gangguan penyitaan