Kita sedia maklum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terkena jangkitan bakteria E. Coli semasa lawatan ke kawasan banjir sebelum ini. Malah, perkara tersebut dinyatakan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui Twitter rasmi.
Difahamkan, bakteria E. Coli boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan penyahidratan yang boleh membawa maut. Apakah sebenarnya E. Coli itu? Dan bagaimana cara terhindar dari jangkitan yang disebabkan oleh bakteria tersebut?
1. E. Coli merupakan singkatan dari Escherichia Coli yang merujuk pada sekumpulan bakteria yang biasanya ditemui dalam makanan dan air.
2. Kebanyakan bakteria ini tidak berbahaya, tetapi ada beberapa jenis boleh menyebabkan penyakit.
3. Penyakit akibat E. Coli timbul apabila bakteria ini melepaskan racun yang dinamakan Shiga sehingga membuat orang sakit.
4. Racun E. Coli selalunya menyebabkan masalah perut dan usus, seperti cirit-birit dan muntah.
5. Sebahagian kecil kes jangkitan boleh mengancam jiwa, sementara pesakit yang lain akan pulih selepas kira-kira satu minggu.
6. Anak-anak kecil, orang ramai dan juga orang tua dengan gangguan sistem kekebalan tubuh berada pada risiko tertinggi akibat serangan E. Coli.
Fakta E. Coli
Strain E. Coli yang menimbulkan penyakit hidup dalam usus haiwan memamah biak seperti lembu, rusa, dan kambing. E. Coli biasanya tidak menyebabkan masalah bagi haiwan, tapi ketika najis atau sumber air dari haiwan yang dijangkiti kenalan dengan manusia maka jangkitan boleh berlaku.
Kebanyakan orang yang dijangkiti E. Coli mendapatkannya dari makanan yang tercemar, susu yang tidak dipasteur atau air yang tidak dimasak. Selain hal di atas, daging mentah juga boleh membawa E. Coli. E.Coli juga boleh merebak antara manusia melalui kenalan dengan kotoran yang tercemar.
Pencegahan / Penyelesaian
Mencuci tangan menggunakan sabun selepas menggunakan bilik air, memproses daging mentah atau selepas melakukan aktiviti lain dengan potensi tercemar merupakan cara berkesan mencegah jangkitan E. Coli. Selain itu, untuk membunuh E. coli dalam makanan, pastikan anda memasak daging sampai matang. Daging perlu dimasak sekurang-kurangnya sehingga suhu 70 darjah Celsius. Cuci semua pinggan yang diletak daging mentah dengan sabun antiseptik. Namun perlu diingat bahawa seseorang masih boleh terkena E. Coli yang berasal dari buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
1. Cuci tangan – Mencuci tangan merupakan perkara yang paling penting untuk dilakukan, terutama setelah menggunakan bilik mandi dan menyentuh binatang serta sebelum menyiapkan makanan. Membilas tangan dengan air juga membantu mengurangi bakteria.
2. Masak daging semasak-masaknya – Daging lembu sebaiknya dimasak dengan suhu 160 darjah Fahrenheit (gunakan termometer untuk memastikan). “Panas akan membunuh bakteria,” kata Frechman. “Memasak sayuran hijau selama 15 saat pada suhu 160 darjah juga akan membunuh E. coli.”
3. Hindari makanan berisiko tinggi – Hindari makanan yang dipasteur (mentah) seperti susu, keju atau jus mentah dan daging kurang masak. Jauhi pula kotoran manusia dan haiwan.
4. Jangan menelan air di kolam renang, sungai dan seumpamanya – Ketika berada di kolam renang, sungai, atau kolam di halaman belakang rumah, jangan menelan airnya! Beberapa jenis E. coli menyebabkan penyakit dengan mengeluarkan sesuatu yang disebut toksin Shiga. Jangkitan dimulai ketika anda menelan sesuatu yang tak kelihatan yang mengeluarkan racun Shiga E. coli. Ini boleh terjadi ketika anda menelan sejumlah dari kotoran manusia atau haiwan di mulut anda.
5. Amalkan gaya hidup bersih – Bersihkan semua peralatan dapur seperti papan pemotong, peralatan dan rak peti ais. Cuci tangan setelah menyentuh daging mentah. Gunakan papan pemotong yang berasingan untuk memotong buah / sayuran dan daging mentah, seperti ayam, ikan, atau daging.
Gejala Jangkitan
Gejala umum jangkitan E. Coli meliputi kejang perut yang datang dengan tiba-tiba. Gejala lain yang umum meliputi cirit-birit dan kadang-kadang muntah. Mudarat jika apabila cirit-birit berdarah yang disertai dengan demam ringan. Gejala tersebut umumnya mula kelihatan sekitar tujuh hari selepas jangkitan E. Coli terjadi.