Banjir di sesetengah tempat menunjukkan tanda mulai surut jadi penting untuk setiap mangs a banjir dan individu yang membantu mengikuti beberapa tips berguna seperti di bawah ini.
Diperolehi daripada komen di Facebook :
Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005. Bila banjir surut, anda masuk rumah dan anda dapati TV, peti ais, mesin basuh, table fan, peralatan elektrik dapur dan lain-lain perkakas elektrik termasuk PC ataupun laptop berselerak lintang pukang macam sampah – jangan ingat itu semua sudah jadi sampah yang perlu dikutip buang. Ingatlah komponen barangan elektrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air, tetapi sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas bila terkena air jika tiada arus elektrik mengalir pada saat ia tenggelam dalam air. Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV, peti sejuk, mesin basuh, kipas meja dan beberapa peralatan elektrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira-kira 90% barangan elektrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.
Jadi, apa yang anda harus lakukan:
1. Jangan sesekali cuba menghidupkan atau test barangan elektrik untuk pastikan ianya okay atau tidak.
2. Kumpul semua peralatan elektrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.
3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
4. Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur degil.
5. Bila sudah bersih, jemur di tengah panas selama 2- 3 hari sehingga tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.
6. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya ianya betul-betul kering.
7. Pasangkan balik back cover atau penutup.
8. Hidupkan untuk test sama ada masih boleh digunakan atau tidak.
Sumber & Gambar ihsan dari Facebook Sukan Star TV