Korea Utara memerintahkan sesiapa yang mempunyai nama sama dengan pemimpin negara itu, Kim Jong-un, untuk mengubahnya dengan segera, lapor media Korea Selatan.
Difahamkan, perintah tersebut dimuatkan dalam panduan tahun 2011 tetapi baru diungkap secara terbuka sekarang. Berdasarkan panduan, bayi yang baru lahir tidak boleh diberi nama Kim Jong-un. Selain itu, orang-orang yang sudah diberi nama tersebut perlu menukar nama mereka sijil kelahiran. Walaupun pengubahan nama dilaporkan bersifat suka rela, tetapi warga Korea Utara tidak berani mengabaikan perintah seperti itu.
“Larangan itu adalah sangat mungkin kerana Korea Utara mempunyai dasar yang sama dalam era Kim Jong Il dan Kim Il Sung,” kata seorang pegawai kementerian.
Apa yang pasti, tidak diketahui berapa ramai warga Korea Utara yang mempunyai nama Kim Jong Un, malah, Kim adalah nama keluarga yang biasa dan Jong Un adalah nama yang biasa diberi.