Dengan rambut yang berwarna coklat, doe eye, wajahnya saling tidak tumpah seperti neneknya yang juga legenda fesyen dan kecantikan, Audrey Hepburn. Emma Ferrer merupakan cucu kepada ikon yang membintangi filem Breakfast at Tiffany’s, Audrey Hepburn, baru saja menandatangani kontrak bersama Storm Model Management, sebuah agensi model di London yang ternyata membantu kejayaan Kate Moss dan Cara Delevingne. Malah, Emma berjaya membuat penampilan sulung sebagai cover untuk Harper Bazaar.
Menurut Emma, Audrey meninggal dunia setahun sebelum dia dilahirkan, jadi dia hanya mengetahui tentang nenek menerusi filem dan juga gambar.