Pelakon Aiman Hakim Ridza kelihatan segak dan tampan memakai sut Sacoor Brothers apabila menghadiri Anugerah Skrin 2014 malam tadi. Turut menyerikan permaidani merah bersama beliau adalah kekasihnya, Nur Fathia Latiff. Sacoor Brothers cukup berbangga menajakan Aiman Hakim Ridza serta melengkapkannya dengan gaya klasik Europah untuk majlis anugerah yang berprestij dan penuh glamor ini.
Faktor utama kejayaan Sacoor Brothers terletak pada cara ia menghasilkan sut – dan sebagaimana filem, ia bagaikan karya seni yang sejati. Ia mengambil masa lebih daripada 40 jam untuk menghasilkan satu sut lengkap Sacoor Brothers. Sebagai jaminan kualiti dan keunggulan, ia dibuat daripada kain terbaik dalam corak klasik dan juga moden.
Jom lihat gambar-gambar menarik Aiman memakai sut Sacoor Brothers yang kacak ini!