Walaupun rumah nampak luas, tapi tak menakutkan. Malah selesa dan cantik!
Baru-baru ini Miss Murai ada ternampak perkongsian video mengenai rumah terbaru kepada pasangan pelakon Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza. Bila lihat sampai habis video tersebut, tak dinafikan memang cantik, selesa dan classy betul rumah baru mereka!
Dalam video tersebut, Zahirah dan Aiman telah mengadakan rumah terbuka bersama ahli keluarganya, yang dihadiri hampir 100 orang di kediaman mereka.
Rumah tersebut diubah suai oleh Aiman sendiri. Manakala rekaan hiasan dalaman pula merupakan idea Zahirah. Jika diperhatikan, ruangan nampak sangat luas dan kebanyakannya diilhamkan oleh sumber alam semula jadi.
Menekankan konsep ruang terbuka, ruang rumah juga banyak ditukarkan menjadi ruang yang sesuai untuk bersosial.
Cantik dan classy betul kan rumahnya?