Ramai wanita yang tiada masa untuk melalukan aktiviti riadah untuk menyihatkan badan. Wanita di bandar khususnya sibuk bekerja manakala ibu pula sibuk menguruskan anak-anak di rumah. Natijahnya, ramai wanita yang nampak tua daripada umur yang sebenar serta mudah letih. Wanita seharusnya bijak membahagikan masa untuk membuat aktiviti sihat untuk membina stamina tubuh badan mereka.
NTC Live
Untuk menggalakkan lagi ramai wanita melakukan aktiviti sukan tidak kira apa jua bidang sekalipun, Nike telah mengadakan acara NTC Live ( Nike Training Club Live ) pertama di Asia Tenggara di Singapura. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk memberikan motivasi buat wanita di luar sana agar meluahkan masa walaupun sedikit bersama rakan wanita yang lain untuk melakukan aktiviti yang mampu menyihatkan badan. Nike Training Club merupakan ruang utama di mana wanita bersatu melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama tanpa ada rasa malu atau segan.
Di dalam acara yang disertai oleh lebih 500 orang pelajar dari sekolah terpilih di Singapura, Nike Master Trainer Marie Purvis serta pemain tenis nombor enam dunia Eugenie ‘Genie’ Bouchard, sama-sama membantu wanita untuk meningkatkan lagi stamina badan mereka dengan melakukan pelbagai set aktiviti sukan di dalam ruang legar Gardens By The Bay, Singapura.
Selain itu juga, pelbagai produk terkini Musim Luruh dan Koleksi Holiday 2014 untuk wanita telah diperkenalkan semasa acara itu berlangsung. Selain itu juga, Nike Pro Bra Collection, Nike Zoom Fit Agility dan Nike Studio Wrap turut diperkenalkan untuk memudahkan wanita bersukan tidak kiralah sama ada digunakan di dalam gimnasium, studio ataupun Latihan Intensiti Tinggi ( HIT ). Para media juga telah diberikan sesi latihan badan peringkat teras di dalam sebuah studio disamping menggunakan pakaian terbaru keluaran Nike.
Aplikasi NTC
Applikasi NTC merupakan aplikasi untuk membantu anda melakukan aktiviti sukan di mana sahaja. Ia merangkumi pelbagai set senaman untuk mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dan mempunyai set hardcore untuk mereka yang gemar bersukan. dan ia adalah percuma dan boleh didapati di dalam sistem operasi iOS dan Android.