Bagi peminat produk Bio-Oil, mungkin anda perlu cuba menggunakan produk terbaru jenama Lipidol ini. Pencipta Bio-Oil, baru-baru ini telah melancarkan enam jenis minyak penjagaan kulit yang baru dibawah jenama Lipidol. Produk Lipidol membawa minyak kepada penjagaan kulit harian, membantu mengekalkan kelembapan kulit. Kesemua produk akan dijual pada harga yang sama iaitu RM24.90.
Produk yang unik
Lipidol dibungkus dalam pembalut plastik tertutup, perintis tanpa menggunakan karton, yang berasal dari era bila maklumat produk diperlukan berada dalam kedai. Ini bermakna, produk ini boleh dikatakan ‘honest produk’ tanpa berselindung apa-apa dengan pengguna.
Mengapa kulit memerlukan minyak?
Lapisan paling luar kulit adalah lapisan yang berminyak. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kelembapan pada kulit; ianya satu fungsi yang penting kerana kelembapan memudahkan aktiviti enzim, menjadikan kulit sihat, berseri. Namun ada kalanya kelembapan kulit akan hilang. Punca utama ialah penggunaan sabun pada kulit setiap hari, yang menanggalkan lapisan minyak kulit. Satu lagi punca adalah cuaca kering, yang menarik kelembapan dari kulit ke udara luar. Begitu juga apabila kita meningkat usia, kulit semakin sukar untuk mengekalkan kelembapan kerana kurang menghasilkan minyak. Adalah tidak mungkin untuk menggantikan kelembapan yang hilang dengan menggunakan kelembapan pada kulit kerana kelembapan kulit berasal dari dalam. Kelebihan menggunakan minyak dalam penjagaan kulit setiap hari ialah lapisan minyak semulajadi kulit dapat sentiasa dipelihara.
Jenis produk Lipidol :
Cleansing Face Oil
Menanggalkan kotoran serta solekan tanpa mengeringkan lapisan minyak semulajadi kulit.
Cara penggunaa : Sapu pada muka yang kering. Kotoran dan solekan akan bergabung dengan minyak. Tambah sedikit air dan terus mengurut. Minyak akan mengemulsi untuk membentuk krim cecair. Bilas.
Cleansing Body Oil
Mencuci kotoran tanpa mengeringkan lapisan minyak semulajadi kulit.
Cara penggunaan : Sapukan pada kulit basah. Minyak akan mengemulsi dan berbuih. Bilas.
After Shower Oil
Membantu mengembalikan lapisan minyak semulajadi kulit yang hilang selepas mandi setiap hari.
Cara penggunaan : Guna selepas mandi.
Sunscreen Oil
Membantu memulihkan lapisan minyak semulajadi kulit yang hilang akibat pancaran matahari, angin dan air.
Cara Penggunaan : Guna sebelum terdedah kepada sinaran matahari. Sapu semula selepas berenang. UVA/UVB (SPF 20).
After Shave Oil
Membantu memulihkan lapisan minyak semulajadi kulit kesan akibat bercukur.
Cara penggunaan : Sapu pada muka selepas bercukur.
Overnight Face Oil
Membantu memulihkan lapisan minyak semulajadi kulit yang hilang akibat pendedahan harian kepada bendasing.
Cara penggunaan : Sapu pada muka sebelum tidur.
Lipidol boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di Guardian dari 25 September 2014. Produk akan dijual pada harga RM24.90 setiap satu.