Kini terdapat pelbagai produk kecantikan di luar sana untuk membantu melambatkan tanda penuaan dan mencantikkan wajah. Tetapi rasanya memang jarang kita terjumpa dengan produk yang memberi imuniti pada kulit.
Seperti sistem imun badan yang mempertahankan anda daripada anasir merbahaya, kulit juga sebenarnya mempunyai sistem imuniti yang tersendiri untuk melindunginya daripada ancaman persekitaran, tekanan emosi dan juga penuaan yang melemahkan kekuatan kulit.
Jadi bagaimanakah caranya supaya kulit anda mempunyai sistem imuniti yang tersendiri? Jawapannya ada pada produk terkini dari Shisheido iaitu ULTIMUNE Power Infusing Concentrate.
Fungsi sel Langerhans ( mengawal imuniti kulit ) boleh terjejas bukan saja dari ancaman luar seperti kekeringan, pencemaran udar dan sinaran UV, tapi juga dari penuaan dan tekanan emosi. Jadi produk ini mampu membantu aktiviti sel Langerhans dengan adunan ramuan yang menyokong fungsi sel-sel Langerhans yang lemah akibat ancaman luar dan tekanan emosi.
Kenapa pentingnya sistem imuniti kulit?
Selepas penyelidikan selama 20 tahun oleh pihak Shisheido, hubungan jelas di antara sistem imuniti dan kecantikan kulit akhirnya terbongkar. Prestasi imuniti bergantung kepada kondisi semua bahagian dan gaya hidup seseorang. Kuasa multi-fungsi sistem imun bukan sahaja melindungi anda daripada virus, bakteria dan pencemaran persekitaran, ia juga mencegah perubahan pada kulit akibat penuaan dan merangsang pertumbuhan normal badan.
Shisheido ULTIMUNE Power Infusing Concentrate
Produk ini dicipta menggunakan ramuan yang diilhamkan oleh kuasa tumbuhan dan semulajadi. Adunan berkuasa ini termasuklah daun Gingko Biloba iaitu bahan anti oksida yang popular, perilla dan thyme liar yang terkenal dengan ciri-ciri anti bakteria yang kuat. Selain itu juga yang direka khas untuk menghasilkan dua wangian yang menyenangkan dan wangian ini memberikan ketenangan dan kecergasan berpanjangan.
Apabila diaplikasi pada kulit, anda dapat merasakan kulit menjadi halus dan gebu serta merta. Ia mempunyai tekstur yang kaya dan pekat yang mempercepatkan penyerapan kulit. Ia juga mewujudkan lapisan lembapan lembut di atas kulit seolah-oleh melindunginya dengan vel. Dengan lebih 400 produk percubaan telah dibuat selepas struktur akhir dipilih, pastinya ia satu produk yang amat menyenangkan selepas dipakai.
Cara penggunaan : Sapu pada waktu pagi dan petang selepas rejim pembersihan dan pengimbangan kulit. Jika digunakan dengna serum yang lain, sapukan ULTIMUNE Power Infusing Concentrate terlebih dahulu bagi meningkatkan kesan produk seterusnya.
Harga : RM255 30ml 1Fl.OZ.