Inginkan rambut yang licin dan lurus? Sunsilk dengan bangganya memperkenalkan Sunsilk Perfect Straight untuk menjadikan rambut anda kekal lurus menawan dan rapi semasa ia mengering – menjadikannya kaedah penjagaan rambut yang paling sesuai untuk rambut lurus.
Sunsilk bekerjasama dengan pakar rambut lurus yang terkenal, Yuko Yamashita untuk memberikan hasil yang terbaik bagi rambut lurus. Rangkaian produk, yang terdiri dari syampu dan perapi, menampilkan formula canggih Straight Lock Technology yang menembusi jauh ke dalam serat rambut, mengurangkan kekusutan, dan secara aktif memegang setiap helaian rambut untuk memastikan ia kekal lurus dan rapi ketika mengering.
Bersempena dengan itu, bermula 17 September 2014 hingga 28 Oktober 2014, Sunsilk menyeru kepada semua para gadis untuk menyahut “Sunsilk Beautifully Straight Challenge” dan berpeluang untuk memenangi hadiah hebat bernilai hampir RM10,000 secara keseluruhan. Untuk menyertai, anda hanya perlu:
- Mengunjungi laman Facebook Sunsilk di (www.facebook.com/SunsilkMalaysia) dan klik pada aplikasi Sunsilk Perfect Straight.
- Lukis sebanyak mungkin garisan lurus yang anda mampu dalam tempoh 30 saat.
- Tulis slogan paling kreatif mengenai Sunsilk Lurus Sempurna.
Setiap minggu, 10 orang pemenang bertuah yang mendapat markah tertinggi dan mencipta slogan paling kreatif akan menerima baucar tunai RM100 dan produk Sunsilk. Pemenang Hadiah Utama pula akan menikmati penginapan satu malam untuk dua orang di Grand Hyatt Kuala Lumpur, baucar membeli belah RM300 dan produk Sunsilk.
Syampu Sunsilk Perfect Straight, (340ml, RM12.90) dan perapi Sunsilk Perfect Straight, (320ml, RM12.90) boleh didapati di semua pasaraya terkemuka dan kedai-kedai runcit di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai, sila layari www.facebook.com/SunsilkMalaysia.