Gara-gara melakukan aksi terjunan ‘tombstoning’ , penyanyi remaja Justin Bieber mungkin terpaksa menjalani pembedahan untuk memulihkan tisu telinga yang koyak. Penyanyi tersebut mendapat kecederaan gegendang telinga akibat melakukan aksi tersebut.
Menerusi akaun Twitternya, Bieber telah memuat naik status berbunyi : “Gegendang telinga pecah akibat terjun tebing. Doktor menasihati supaya menjalani pembedahan.” Bieber juga turut menulis walaupun keadaan tersebut sedikit menggangu namun beliau tetap akan menghasilkan lagu baru buat peminatnya.
Ini bukanlah kali pertama beliau melakukan aksi tersebut. Sebelum ini dia pernah memuatnaik gambar aksi terjunan tombstoning di Kauai, Hawaii.