Wow! Mungkin ada di antara anda pernah melihat videonya di laman Youtube. Kanak-kanak 8 tahun ini dikenali sebagai Evan merupakan kanak-kanak paling popular di dunia. Bukan itu sahaja, dengan hanya memuat naik review permainan kanak-kanak dan ‘video games’ kegemarannya di YouTube, Evan berjaya memperolehi pendapatan sebanyak US 1.3 juta setahun.
Salurannya di Youtube turut mendapat jumlah tontonan sebanyak 750 juta dalam masa beberapa tahun ia dimuat naik. Sekaligus meletakkan Evan setanding dengan tontonan yang diperolehi artis antarabangsa yang lain seperti Katy Perry, Madonna serta saluran ESPN.
Tanpa tulang belakang yang kuat mungkin Evan tidak berjaya mencapai apa yang dia perolehi sekarang. Evan mendapat pertolongan daripada bapanya, Jared dan kadangkala adik perempuan dan ibunya turut menyertai Evan melakukan review. Projek keluarga tersebut dimulakan Jared tiga tahun lepas hanya sekadar suka-suka sehinggalah salah satu video mereka mencapai tontonan sehingga sejuta tontonan. Semenjak itu, anaknya sering mendapat permintaan untuk membuat review produk permainan kanak-kanak.
Evan kini memiliki tiga saluran YouTube iaitu EvanTubeHD, EvenTubeRAW dan EvenTube Gaming.