Walaupun negara Palestin dilanda perang dan serangan bertubi-tubi pihak zionis Israel, itu tidak mematahkan hasrat pasangan-pasangan ini untuk melangsungkan perkahwinan. Majlis perkahwinan beramai-ramai oleh 3 pasangan rakyat Palestin ini dilakukan di sebuah bangunan sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB). Anda dapat merasai kegembiraan majlis perkahwinan ini apabila melihat gambar mereka biarpun sedang dilanda perang.
Pihak PBB memutuskan untuk memberikan pasangan muda Palestin ini pembiayaan apabila mereka bersetuju untuk membantu dari segi kewangan untuk pasangan muda ini melangsungkan perkahwinan hanya beberapa jam sebelum Israel dan Hamas bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata sementara selama lima hari.
Walaupun perang memusnahkan rumah mereka, Omar Abu Namar, 30, dan pengantin perempuannya Heba Fayad, 23, berkahwin semalam di kem pelarian Al-Shatea di bandar Gaza di mana mereka tinggal bersama 4,000 lagi pelarian lain.
Sekolah PBB itu telah dihiasi dengan belon berwarna-warni dan penari semasa perkahwinan itu dilangsungkan.