Pesawat MH17 yang membawa seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu. Pegawai Kementerian Kecemasan negara itu berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.
Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.
Menurut sumber lain, pesawat itu ialah jenis Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko. Walau bagaimanapun kejadian masih lagi di dalam siasatan.
Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara.
Setakat ini, tiada pengesahan lanjut mengenai laporan berkenaan walaupun pegawai Russia berkata, penduduk tempatan menjumpai bangkai pesawat.
Perdana Menteri Malaysia turut terkejut dengan insiden kedua pesawat Malaysia Airlines itu.
Seorang pengguna laman sosial di Ukraine telah berkongsi gambar live update di tempat kejadian di laman sosial Twitternya.
Sumber : Berita Harian, Bernama, laman sosial Twitter