Tidak dinafikan bahawa, pemakaian kanta lekap merupakan satu alternatif yang memudahkan pergerakan dan aktiviti individu yang perlu berkaca mata dan mempunyai masalah rabun.Walaubagaimanapun, kita sedia maklum bahawa terdapat juga risiko untuk kesihatan mata akibat pemakaian kanta lekap terutama jika pemakainya tidak mempraktikkan disiplin dan menitikkan faktor kebersihan.
Seperti kes yang terjadi kepada seorang pelajar universiti di Taiwan, akibat tidak menanggalkan kanta lekap yang dipakainya selama 6 bulan, kesan yang terjadi pada bahagian mata boleh dikategorikan sebagai sangat dasyat. Menurut portal News.Mic , kornea mata pelajar berusia 23 tahun itu telah menjadi tempat pembiakan sel Amoeba dan sel tersebut telah bertindak memakan kornea matanya.
Pemakai kanta lekap adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit mata. Kekurangan oksigen boleh memusnahkan permukaan tisu epitelium, mewujudkan luka kecil ke dalam mana di mana bakteria boleh dijangkiti, disebarkan ke seluruh mata dan menjadi tempat pembiakan yang sempurna. Tambahan lagi, gadis tersebut sepatutnya menukar kanta lekap tersebut selepas sebulan namun dia telah menggunakan kanta lekap yang telah tamat tempoh penggunaanya lansung menyebabkan kerosakan kornea mata yang kekal.
Jadi untuk semua pemakai kanta lekap, sila ambil iktibar daripada kes ini. Jangan malas , kedekut atau ambil ringan tentang perkara ini atau anda mungkin akan kehilangan penglihatan anda untuk selamanya.