Seorang pembantu diplomat dari Malaysia telah didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang gadis berusia 21 tahun di New Zealand. Lelaki tersebut , Mohammed Rizalman Bin Ismail, 38 tahu didakwa telah melakukan kesalahan tersebut pada 9 Mei 2014.
Rizalman bekerja sebagai pembantu kakitangan (pertahanan) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand, pada tahun lalu. Menurut laporan The Rakyat Post, Dia telah mengikut seorang wanita berusia 21 tahun yang sedang dalam perjalanan ke rumah di Brooklyn. Kementerian Hal Ehwal Luar secara rasmi meminta Malaysia untuk mengetepikan kekebalan diplomatik, namun telah ditolak. Kerajaan membuat keputusan akan membuat pertuduhan terhadap lelaki tersebut di Malaysia.
Memetik laporan The Star Online, berdasarkan akaun Facebook tertuduh, dia kelihatan seperti seorang lelaki berkahwin yang mempunyai sebuah keluarga bahagia. Rizalman mempunyai tiga orang anak, dua daripadanya telah bersekolah di sekolah rendah.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum 10 tahun penjara.