Ketika kulit anda terasa tegang atau gatal-gatal, mungkin itu tandanya kulit anda kering dan perlukan kelembapan. Tetapi ada kalanya apabila anda menyapu losyen badan, kulit masih terasa kering dan anda terpaksa memakai losyen berulangkali seolah-olah ia tidak meresap ke dalam kulit anda selain meninggalkan rasa melekit. Jadi apa solusinya? Tahun lepas, jenama penjagaan kulit Nivea telah melancarkan produk NIVEA In-Shower Skin Conditioner iaitu losyen badan bilas pertama yang membantu lelaki dan wanita mendapat kelembapan maksimum.
NIVEA In-Shower Skin Conditioner direka dengan formula unik dimana ia diaktifkan dengan air untuk diguna dan dibilas selepas penggunaan gel mandian, meninggalkan kulit dalam keadaan lembap, lembut dan licin. Produk ini juga telah diuji dan terbukti meningkatkan kadar kelembapan kulit untuk tempoh lebih 24 jam hanya lepas satu aplikasi.
Hari ini pelakon Erin Malek sempat berkongsi dengan pihak media mengenai kebaikan NIVEA In-Shower Skin Conditioner dan pihak media dapat merasai perbezaan sebelum dan selepas penggunaan produk ini. Selain itu juga, NIVEA telah melancarkan kempen “I LOVE NIVEA In-Shower Body Lotion” dan di dalam kempen ini, Erin mengajak anda menjadi sebahagian daripada revolusi ini. Anda boleh mengunjungi laman Facebook NIVEA www.facebook.com/NIVEA untuk maklumat lanjut.
Produk NIVEA In-Shower Skin Conditioner boleh didapati dalam 3 variasi dalam 2 saiz :
1. NIVEA In-Shower Intensive Skin Conditioner
Dirumus khas untuk kulit kering. Ramuan formulanya diperkaya dengan Minyak Badam untuk melembapkan kulit supaya terasa lembut dan halus secara nyata.
2. NIVEA In-Shower Skin Conditioner
Dirumus khas untuk kulit yang normal. Ramuan formulanya diperkaya dengan Mineral Laut untuk menjadikan kulit lembut dan terhidrat.
250ml – RM16.90
400ml – RM22.90
3. NIVEA In-Shower Whitening Skin Conditioner
Dirumus untuk kulit kusam. Ia diperkaya dengan 50x Vitamin C daripada Camu-Camu yang dikenali dengan antioksidan semulajadi dan agen pencerahan kulit.
250ml – RM18.90
400ml – RM24.90