Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta dilaporkan sudah ‘block’ 1000 pengikutnya di laman sosial Instagram. Apa kes? Menurut Che Ta dalam kenyataannya di astrogempak.com.my, dia telah menyekat kira-kira 1000 pengikut gara-gara terlalu rimas dengan mesej dan komen yang diberikan kepada setiap gambar yang dikongsikan kepada para peminatnya.
Malah, dia juga akan membuang mana-mana status peminat yang dirasakan tidak bersesuaian ataupun menyakitkan hati.
“Kepada sesiapa yang tak suka tak payah follow. Setakat ni saya dah block 1,000 followers. Setiap kali saya memuat naik gambar, ada sahaja komen-komen yang mengutuk dan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak sepatutnya.
“Sakit juga hati bila baca. Tetapi bagi saya Instagram tu personal saya. Sukahati saya lah nak letak gambar apa pun,” tegas Che Ta.
Sebelum ini heboh ramai yang mempertikaikan gambar Che Ta dan suaminya, Zain dikatakan bercumbu. Banyak kata-kata negatif berbanding positif sebaik sahaja gambar tersebut dikongsi Che Ta.
“Saya muat turun gambar pun, gambar dengan laki (suami). Sebenarnya gambar kami nampak macam bercium tu, sebenarnya kami bukan bercium pun. Tapi bila kita jelaskan, dia orang tetap kata tu gambar bercium. Kalau bercium pun apa salahnya, bukan laki (suami) orang,” katanya.